Sunday, March 28, 2010

Dah Lama Tak Tido Petang

Malam hari sabtu aku menerima satu mesej dari seorang kawan. "Salam yunus sok mntk tlg leh tak? nk mntk tlg angkt kan brg2 dr johor, kt kg malaysia". Aku terpinga-pinga. Nombor siapa pulak ni tiba-tiba minta tolong angkatkan barang?

Aku membalas untuk mendapatkan kepastian, rupanya itu adalah kawan sekerja yang kini telah bekerja dengan kerajaan. Si dia ni baru kawin dan dapat berpindah ke Kuala Lumpur.

Kebetulan ahad aku tiada apa-apa program, aku setuju dan lebih kurang pukul 12.00 aku sampai di tempat yang dijanjikan. Agak banyak juga barang dia walaupun baru berkahwin. Tanpa membuang masa, sampai dirumah barunya, kerja-kerja memunggah dan memasukkan ke dalam rumah dijalankan.

Setelah siap, terasa penat yang teramat sangat satu badan. Barang satu lori hanya diangkat berempat dari tingkat bawah ke tingkat sembilan. Tapi ada lif la. Setelah selesai, aku berehat sebentar dan minta diri kerana ingin berehat kat rumah je. Malu ngan isteri dia.

Sampai dirumah, aku mandi kerana rasa tidak selesa. Lepas mandi aku makan dan menunaikan apa yang patut, dan baring untuk melepaskan lelah. Aku dikejutkan azan Isyak, sekeliling aku gelap. Aku sendiri tidak sedar masa bila aku tertidur dan boleh tahan juga lamanya aku tidur. Terlepas juga dua waktu. Adusss... Apa nak jadi ni.

Sabtu Hujung Bulan

Sabtu, aku berkumpul di belakang kawasan pejabat untuk pergi ke kedai sport rim. hal ini telah lama diplan oleh tuan punya kereta. Kebetulan pada hari khamis yang lepas, kereta barunya telah berada ditangan. So, menjadi saja la plan untuk memasang sport rim baru tersebut. Dan kebetulan hari sabtu itu pejabat ditutup.

Lebih kurang pukul 11.00 pagi aku berada disana bersama 5 orang rakan yang lain dan tuan punya kereta. Nampak seperti dia sangat teruja apabila masuk ke perkarangan kedai. Maklumlah, terdapat pelbagai jenis sport rim penuh satu kedai.


Agak lama juga dia memilih. Dalam bab ini aku malas sangat nak bersuara jikalau tidak ditanya. Takut nanti tidak berkenan dihati dia. Aku cuma mampu membantu dari segi membincangkan harga kerana aku telah banyak kali ke kedai tersebut. Bukan sendiri yang beli, tetapi lebih kepada mengikut rakan-rakan.


Akhirnya apa yang dicari ditemui. Pilihan yang sangat menarik dan sesuai dengan warna kereta. Padanan ini akan jadi lebih menarik padaku jika diberi sedikit lagi sentuhan.


Dan sekarang, aku tidak bosan untuk bermain kereta kerana semakin ramai budak opis yang berjinak-jinak dengan kereta.
:)

Saturday, March 27, 2010

Memori Semalam

*# Aku dapat cerita ni dari e-mail yang aku terima dua hari lepas. Cerita yang berakhir dengan kesedihan. Baca dan cuba hayatinya.

Hai awak…leh berkenalan?

Cannot identify number? Hisy sape lak nih! Makhluk mana yang rajin sedekahkan 5 sen dia ni!...Huh,malas nak melayan

Kalau saya sejuk,Tuhan bagi matahari untuk panaskan saya,kalau saya panas,Tuhan bagi angin untuk sejukkan saya ,dan..kalau saya sunyi..Tuhan bagi awak untuk jadi teman saya,supaya saya takkan sunyi lagi!

Dah bengang nih,sape yang sibuk-sibuk nih!


Sape nie? Nak ape?
Minit berlalu

Ai,tak bagi salam dulu ke…

Aduh,pedih ayat!...muke yang putih dah jadi merah jambu

Assalamualaikum…sape awak? Saya kenal ke?

Ha….camtue la. Waalaikumsalam, sape saya? Manusialah! Hehehe

Yelah…manusia..takkan kambing pandai taip mesej kot

Hehehe…marah ek?...saya gurau jela wak…

Mana de marah..saya geram je wak…

Janganlah marah wak…

Iye..saya tak marah..ok…

Wak,awak nama pe ek?

Saya? Saya manusialah

Oh…manusia ek…

Yup,awak..awak nama pe?

La…kan saya yang tanya dulu?

Ala…laki la dulu…

Ok..nama saya Zafri…awak?

Saya?

Yela…nama awak la pulak

Kalau saya tak nak bagitau nama saya?

Kenapa? Kan kita sebagai umat Muhammad saw patut saling mengeratkan silaturahim

Tapi saya tak pernah kenal awak

Memang la…sekarang nak kenal la nie..plis miss..

Awak nie weird la…

Awak lagi pelik tolak salam saya

Huh,malas nak layan! Gadis itu berbaring di atas katil. Hm…Zafri Koya,sesuai sangat! Hehehe!

Awak..nape susah sangat nak terima salam saya?

Yela..saya Tisya…

Ok..Tisya…sedap nama tue,awak duk kat mana?

Kat muka bumi Allah nie la

Yelah…takkan awak duduk planet lain kot!

Ok…saya duk ganu

Eh..same la kite,saya duk kay tee,awak?

Mane-mane la asalkan duk ganu kay

Amboi….sombong! huhuhuhu

Kite kenal dengan 1 misscall
Beberapa mesej
Berbelas-belas balasan
Beratus-ratus kata indah
Namun masih ada beribu-ribu persoalan dalam jiwa
yang pasti tetap diiringi dengan berjuta-juta kepada Tuhan Yang Esa

Dua insan ini bertemu dalam satu pertemuan yang penuh kebetulan,tanpa apa-apa perancangan, mula mengenal hati budi masing-masing
Apakah ini takdir tuhan? Menemukan keduanya? Kita takkan mengerti rahsia Tuhan

Wak…saya sedih…

Nape nie? Any problem?

Saya tak dapat tawaran maktab

Takpe la…

Tapi saya sedih!

Awak..mungkin nie bukan rezeki awak

Saya nak sangat-sangat!

Awak….saya pun tak dapat

Awak tak kecewa?

Sikit…tapi tue semua tak penting

Kenapa?

Saya tau yang saya masih ada peluang

Wak,nape awak optimis sangat?

Sebab saya ada awak,awak yang kuatkan semangat saya!

Bicara meruntun jiwa,tiada kata terucap,tapi dalam diam,rasa itu menyerap.

Jangan kau bersedih duhai sahabat
Andai kau jatuh dan dalam kesakitan
Bukankah kekalahan itu menyedarkan kita
Agar sentiasa mengingati
Masa susah dan senang kita
Bangkitlah setelah lelahmu usai
Aku ada di sini…

Awak,saya dapat matriks,

Iye? Congrats miss…

Tapi wak?

Nape?

Saya risau…

Apesal lak?

Tak tahu kenapa,saya jadi runsing

Janganlah runsing wak

Awak pasti?

Awak….percaya saya kay,jangan risau apa-apa

#
Awak tolong bagi kekuatan pada saya

Kenapa?

Saya rasa lemah

Kuatkan semangat

Wak,tolong doakan saya

Untuk apa?

Saya tertekan

Berzikirlah

Wak,saya nangis

Nangis lah…luahkan segalanya,saya ada disisi awak,untuk selamanya,mendengar apa sahaja yang awak rungsingkan, sandarlah pada bahu saya

Saya takut bahu awak tak cukup kuat untuk saya

Saya cukup tough untuk semua tue

Saya takut bebankan awak

Kita akan sama-sama menangis jika itu dapat ringankan beban awak

Terima kasih wak

Untuk apa?

Sentiasa berada disisi saya….

Tak perlu ucapan terima kasih wak,bersyukurlah…

Aku menurut kata hati,kini sepertinya,kami sama-sama menuntut dalam pra-universiti di sekolah masing-masing. Walau tak pernah bersua…kami terasa dekat…

Bukan senang tuk aku mengenalimu, apatah lagi mengenali hati budimu
Namun ku berharap dapat ku selam jiwamu
Agar kau tahu..apakah namaku dalam hatimu!

Lamakah masa kita bersama… apakah yang telah kita lalui selama ini
Apakah kau tahu maksudnya
Terangkan padaku,beritahu aku
Agar ku ketahui jiwamu

Tidakkah kau sedar,tiada istilah kawan baik dalam hubungan anatara lelaki dan perempuan!

Dunia memang bulat,bulat dan kecil! Tak kusangka dia sahabat baik kepada temanku,teman yang kuanggap seperti abang sendiri.

Awak,nape tak bagitau,awak kenal Irwan?

Penting ke?

Penting la…

Kenapa pulak?

Yela..senang la nak korek rahsia…huhuhu

Awak nie…ada-ada je,saya orang biasa

Huhuhu,juz kidding kay

Jangan menoleh ke belakang,kerana aku akan menangis

Dan jangan pula terlalu ke hadapan kerana aku akan lelah mengejarmu,

Tapi sentiasalah disisiku untuk menemaniku,seperti sekarang….

Wak,bintang- bintang di dada langit bersinar seperti mana bersinarnya mata saya teringatkan awak
Betapa indahnya bintang itu dan saya tahu awak juga menatap bintang yang sama disana kerana saya tahu,kita memandang langit yang serupa.

Wak,jadilah sungai yang mengalir,Membasuh duka dihati saya setiap kali saya bersedih….

Wak,awak pandai nyanyi?

Ehm…boleh la…

Jamin tak hujan?

Hahahaa..biasanya. .ribut-ribut kecil!

Awak…?

Try lah…hehehe kalau awak nak topan datang!

Hihihi

“Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan ku jadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku….”

Awak…apa yang ada dalam perasaan saya nie..kenapa saya rasa macam nie?
Apa yang awak dah buat kat saya?

Saya buat apa?

Saya rasa….

Rasa apa?

Saya rasa rindu….rasa sayang…

Dan gadis itu terkelu….

Namun selepas luahan perasaan,tiba- tiba,hilang, lesap,seperti hujan tak jadi!

Wak…mana awak? Senyap jerk!

Sungguh dia tak mengerti apa yang sedang terjadi,terasa bagai di awangan,tak dapat bernafas,sesak. .apa makna semua ini…

Tiba-tiba…malam tue:

Wak maaf...

Tisya membisu

Wak maafkan saya,saya sibuk sangat. Irwan yang bagitahu yang awak cari saya
maafkan saya… wak…awak?

Bisu…tetap membisu…tiada balasan...

Wak…saya sibuk...saya kene kerja keras…

Wak..nape senyap? Maafkan saya,saya tau awak risau
Saya tau saya salah

Kelu,bisu,dinginnya malam itu

Wak,nape buat saya gini? Nape buat saya rasa serba salah?

Bisu,masih membisu

Awak jangan seksa saya macam nie! Saya letih wak!

O…awak letih? Habis saya nie tak letih? Tak letih tunggu awak?

Wak...maafkan saya…

Maaf?

Saya pergi rumah awak? Saya ajak Irwan?

Tak payah!

Kenapa?

Saya tak sudi

Saya nak awak tau yang saya bersungguh

Jangan cakap lagi! Saya dah penat tunggu awak,tunggu sayang yang awak ucapkan,tunggu…tapi semua tue tak bermakna

Kenapa awak rasa gitu miss?

Lama…pertanyaan tak berjawab

Saya rasa diabaikan,awak muncul dalam hidup saya dan tiba-tiba awak pergi dan menyepikan diri
Saya rasa kehilangan!

Awak..maafkan saya!

Saya menanti awak,tapi segala-galnya hanya harapan,saya buat perkara yang sia-sia

Maafkan saya wak…

Relation ini tak dapat lagi diselamatkan, saya cukup terseksa

Berikan saya masa tuk ubati luka itu wak

Tiada masa lagi!

Kejamnya awak…

Awak tahu yang saya memang kejam!

Awak?

Lupakan saya dan saya lupakan awak!

Awak?

Maaf saya tak bisa lagi

Ok…wak..saya harap awak tahu,bahawa saya sentiasa ada untuk awak,hati
saya tetap tertulis nama awak,saya….sayangkan awak!


Tisya menangis. Tangannya menggenggam telefon bimbit. Hatinya….luluh..mana bisa dia melupakan insan seperti Zafri..saat rasa itu mula bersemi… Zafri,saya harap saya tak kenal awak sebelum nie!

#
4 bulan,4 hari,
Tisya meninggalkan diriku
Penyakit lama mula menghurung diriku kembali…
Kerapuhan jiwa dan semangat menambahkan lagi kesakitanku ini
Keajaiban,selama aku mengenalinya…aku bertambah kuat..tapi sekarang…

“Peyi rehatlah,” emak menghampiri Zafri yang terbaring di katil
“Ye mak,” Zafri cuba senyum.
“Peyi rehat kay,”
“Ye mak..ok..” Zafri masih menguntumkan senyuman sengetnya tapi hambar. Dia mengelus-ngelus kepalanya.tida lagi rambut,kesan kemoterapi. Zafri menangis dalam hati.

Tiba-tiba telefon bimbit Zafri yang dipegang oleh emaknya berbunyi ;
“Assalamualaikum,” gugup suara itu
“Waalaikumsalam, ye, nak cakap dengan sape?”
“Zafri ada?”
“Sape nie?”
“Tisya nie,ni mak Zafri ke?”
“Ha’a”
“Leh cakap ngan Zafri mak cik?”
“Zafri tidur,” mendatar suara itu
“Zafri sihat mak cik?”
“Tak….” Tiba-tiba suara itu kedengaran sebak.
“Kenapa mak cik?” Tisya berdebar-debar.
“Nak…Zafri dah takde…”
“Hah?!”

Telefon itu terlepas dari genggaman tangannya,pandangan nya kelam!

#
“Bro,kenapa?” Tisya mendongak melihat Irwan yang berdiri disisinya. Irwan tak menjawab pertanyaan itu,dia hanya menghulurkan sepucuk surat.

"Aku tak pernah menipu bila aku katakan padamu
Hanya engkau yang aku rindu
Andai aku bersalah menyayangimu
Hukumlah aku seumur hidupku
Andai aku berdosa mengasihimu
Berdosalah aku sepanjang hidupku
Kerana aku pencintamu…
Maafkan aku andai kau bersedih
Tapi bukankah lebih baik kita terpisah sekarang,dari
Bila kau bersedih kerana aku tiada…"

Tisya memandang kuburan dihadapannya.

Zafri,saya sayang awak!


karya : ~kisah cinta dua jiwa~
Ilham jiwa : antaraku dan fakry koya…06-07..smkbp+ semkif
Siap : 27/02/07,9.47 am (6A1)
Edit : 31/5/09,5.26pm

Kasih Sayang

Mungkin ramai dah lihat, sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua.

Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan.


Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.



Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang..



Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..



Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..



Berdiri di sisi pasangannya yang sudah tidak bernyawa, merasa sedih dengan pemergian itu..



Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya....
Hidup menjadi sepi...


Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluq Nya..

Friday, March 26, 2010

Hari Ini Hari Jumaat

Hari ini adalah hari jumaat. Hahaha.. Setelah empat hari aku kena bekerja di luar kawasan Kuala Lumpur, akhirnya kembali ke pejabat untuk mengakhiri segala tugas luar yang diberikan. Tidak lain dan tidak bukan, kena hantar segala report untuk semua lokasi yang telah dilawati.

Hari ini penghulu segala hari, tapi aku rasa malas untuk melakukan setiap kerja yang ada. Aku tension kerana komputer yang biasa aku guna telah dijangkiti virus. Tak tahu siapa yang buat dan tidak boleh nak marah sesuka hati. Hanya mampu membebel seorang diri sambil cuba membaikinya. Tidak boleh format kerana banyak data.

Tengahari sembahyang jumaat seperti biasa, terus ke Rawang kerana ada sedikit perkara yang perlu diselesaikan dan makan tengahari + minum petang di Burger King. Balik pejabat dan sambung membedek komputer yang telah bermasalah.

Balik kerja pukul 6.45 petang dengan muka seposen kerana komputer masih bermasalah dan kerja yang tidak siap. Esok last day hantar report. Harap segalanya boleh selesai esok. Supaya minggu yang mendatang bermula dengan KETENANGAN.

Wednesday, March 24, 2010

Cinta Itu Adalah Ibadah

Aku sangat tertarik dengan petikan yang aku baca dari blog rakanku. Tajuk asalnya ialah "Putus Cinta". Tapi aku lebih tertarik apabila petikan tersebut membincangkan tentang "Cinta Itu Adalah Ibadah".

Cinta itu adalah ibadah

Ya, cinta itu adalah ibadah sebenarnya. Kerana Allah SWT menyatakan bahawa kehidupan ini adalah ibadah. Cinta adalah sub kepada kehidupan kita. Maka cinta itu adalah ibadah, sekiranya cinta itu berdiri atas dua perkara:
1. Jalan untuk bercinta, merupakan jalan yang Allah SWT redha.
2. Bercinta itu ikhlas hanya kerana Allah SWT.

Banyak mana pun sebab yang ada dalam dunia ini, kita boleh bahagikan semua sebab itu kepada dua.

1. Kerana Allah.

2. Bukan kerana Allah.

Kau suka dia semata-mata sebab dia cantik, sebab dia kaya, sebab dia hensem, sebab dia macam-macamlah, termasuklah sebab dia solehah sekalipun, maka itu masuk nombor dua.

Tapi kalau kau cintakan dia, semata-mata kerana Allah. Kau cari yang lawa sebab lawa tu adalah salah satu ciri yang Rasulullah sebut, kau cari yang berada sebab yang berada itu pun antara ciri yang Rasulullah sebut, kau cari yang berketurunan baik-baik, sebab itu pun ciri yang Rasulullah sebut, kau cari yang solehah, sebab kau nak dia nanti jaga anak kau dengan baik, tarbiyyah anak kau dengan baik, jaga diri kau dengan baik agar keluarga kau membesar dalam keadaan Allah redha, maka itu semua masuk nombor satu.

Beza tau suka seseorang itu sebab dia soleh dan solehah, dengan suka seseorang yang soleh atau solehah itu dengan hajat agar dengan kesolehannya itu dia mampu membimbing kita ke jalan yang Allah redha.

Kau akan menemui masalah, putus asa, kecewa, apabila kau memilih sebab-sebab di bawah kategori dua.

Tapi, kalau sebab-sebab kau bercinta itu di bawah kategori satu, maka aku rasa, tiada masalah apa-apa. Kau selamat. Kalau cinta kau berterusan, kau selamat dunia akhirat. Kalau kau putus cinta sekalipun pun, kau tetap selamat. Selamat dari kekecewaan yang mengharu birukan.

Orang kategori satu dan orang kategori dua

Orang yang cintanya, didirikan atas kategori pertama, yakni kerana Allah, maka dia tidak akan mempunyai masalah. Sedih itu biasa la. Tapi insyaAllah, sedihnya tak akan panjang. Tak sampai setengah hari pun insyaAllah.

Orang yang bercinta atas dasar kategori pertama, dia tidak akan melanggar batasan syara’. Dia tidak akan berusaha dengan cara yang Allah SWT larang. Usahanya bersih. Malah usahanya tidak termasuk dalam kategori yang orang kata sekarang, mengorat, menggoda.

Mesti ada yang tanya: “Habis, mana usaha? Tadi kata kena usaha?”

Inilah uniknya orang yang mendirikan cintanya atas dasar iman, kerana Allah SWT semata-mata. Bukan kerana kecantikan, bukan kerana harta, bukan kerapa apa-apa yang tidak kekal. Dia usaha juga. Tapi tahukah apa usaha orang kategori pertama?

Usahanya lebih kepada peningkatan dirinya, persediaannya menjadi suami, persediaannya menjadi bapa, persediaannya untuk menghadapi kehidupan berkeluarga. Maksud persediaan-persediaan di sini, tak sikit pun dimaksudkan dengan persediaan duit ya. Duit nak tanggung anak, nak tanggung isteri, nak tanggung majlis kahwin, itu nombor 10.

Seorang pakcik pernah cakap, yang saya ini kena kahwin awal. Saya kata saya tiada duit. Dia tersengih kemudian berkata: “Duit penting tapi tak sepenting ini” Sambil meletakkan jari telunjuknya di dada saya, memaksudkan hati. “Hati ini yang kena sediakan dahulu. Siap yang ni, insyaAllah, lepas itu Allah akan permudahkan”

Persediaan yang dimaksudkan adalah persediaan untuk memikul tanggungjawab-tanggungjawab itu, tanggungjawab nak jaga akhirat isteri, tanggungjawab nak jaga akhirat anak, tanggungjawab nak menjaga hubungan mereka dengan Allah, tanggungjawab hendak membawa keluarga, hidup atas jalan yang Allah redha. Begitu juga perempuan, tanggungjawab nak jadi ibu, tanggungjawab nak jadi isteri, pendidik kepada anak, penjaga kepada suami, nak bawa keluarga kepada apa yang Allah redha.

“Ni semua lepas kahwin boleh fikir…”

Memang ada manusia fikir macam itu. Katanya, masa bercinta ni, masa hot, masa ni la nak bermadu asmara puas-puas. Ha… bila habis madu sepah dibuang, bila putus cinta nyawa pula terbuang. Mula kes frust menonggeng la, kelar tangan la, terjun bangunan, kunci bilik tak keluar berhari-hari la.

Apabila kita bina cinta kita atas dasar ini, kita bercinta pun atas jalan yang bersih, atas jalan yang Allah redha, cinta kita adalah semata-mata kerana Allah, nak harapkan redha Allah, maka kalau cinta kita yang macam ini punya baik putus….

“Ini tandanya, perempuan itu bukan yang terbaik untuk aku. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku”

Ya… itulah dia kekuatan orang yang mengambil kategori pertama sebagai dasar cintanya. Kekuatan keimanan, keyakinan, bahawa Allah SWT tidak akan mengecewakannya. Buat apa kita nak kecewa dengan natijah yang Allah SWT berikan kepada kita? Kita bukan tak usaha, kita bukan buat benda yang Allah larang. Kenapa nak sedih? Kenapa nak terjun bangunan? Kenapa nak frust menonggeng?

Dia tak mempersiapkan dirinya tadi, untuk perempuan atau lelaki. Dia mempersiapkan dirinya tadi, untuk memenuhi tanggungjawabnya kepada Allah, nak jadi suami yang Allah redha, nak jadi bapa yang Allah redha, nak jadi isteri yang Allah redha, nak jadi ibu yang Allah redha, nak usaha bawa keluarga, ke arah yang Allah redha. Bukan kerana pasangannya. Maka bila tak dapat pasangannya itu, apa punca kesedihannya?

Tiada. Inilah dia kekuatan, kelebihan.

Sedih sikit, itu lumrah la bro. Siapa tak sedih kan? Tapi ketahuilah, kalau cinta kita terbina dari kategori pertama, sedih kita tak akan panjang. Sebab kita sedar, kita faham, kita tahu, kita rasa yang Allah SWT itulah sebab kenapa kita bercinta. Allah SWT tak akan zalim pada kita bro. Dia hendak berikan yang terbaik pada kita. Yakin dengan yang ini, kau tak akan bersedih hati lama-lama.

Orang kategori kedua, banyak la contohnya pada zaman hari ini. Serah segala-galanya pada pasangan yang di’chenta’inya. Sampai ada yang sanggup jual badan. Tak apa pegang-pegang, raba-raba sana sini. Kononnya cinta, nanti kahwin juga. Tak apa tidur sama-sama, kononnya nanti nak bersama juga. Tak apa dating-dating, kononnya nak taaruf. Serah segala benda, katanya cinta. Duit habis, itu ini tergadai, peraturan Allah langgar, kemudian tup tup cinta putus….

Siapa yang tak terjun bangunan kalau macam itu?

Mari bercinta.

Bercinta kerana Allah, dengan cara yang Allah SWT luluskan. Bersih, selamat, bebas dari kekecewaan.

Untuk sumber penuh, sila rujuk :
- http://palabatas.blogspot.com/2010/03/putus-cinta-laman-blog-langitilahicom.html
- http://ms.langitilahi.com/perkongsian-kalau-cinta-putus%E2%80%A6/

Muslim Sebenar (Dah Terkena)

Untuk menerima belas kasihan (rahmat) kita perlu memberi belas kasihan. Tanpa belas kasihan tidak akan ada kedamaian bagi seluruh dunia - tiada keyakinan, tiada keadilan dan tiada saling menghormati di antara satu sama lain di dalam masyarakat. Setiap aturan dan urusan manusia tanpa diiringi dengan belas kasihan tidak akan membawa kepada apa-apa natijah.

Kewujudan semua benda di alam semesta ini bergantung kepada belas kasihan. Para anbiya telah dihantar kepada ummat-ummat mereka sebagai rahmat, dan penghulu nabi, Muhammad S.A.W di hantar akhir sekali sebagai rahmat bagi seluruh dunia dan makhluk. Baginda bersabda, “Seorang Muslim: orang yang menyerah dirinya kepada kehendak Allah, seorang yang tidak mencederakan orang lain melalui lidah atupun tangannya.” Ini adalah penerangan yang pendek tetapi tepat tentang ciri utama seorang Muslim.

Seorang Muslim harus ada perasaan belas kasihan dan tidak boleh mencederakan orang lain. Sekiranya seorang itu tidak ada perasaan belas kasihan, dia tidak mampu menghalang nafsunya daripada mencedera orang lain, nafsu itu akan menggigit dan menendang seperti haiwan yang liar dan nescaya akan mencederakan orang. Iman seorang Muslim tumbuh melalui lautan rahmat. Seperti tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalam air, kebaikan akan hidup bersama rahmat. Tanpa rahmat dan belas kasihan di dalam jiwa kita, tidak mungkin amalan baik boleh di capai.

Pada suatu masa dahulu ada seekor musang bersahabat dengan seekor ular dan semasa di dalam perjalan ke satu tempat, mereka terpaksa menyeberangi sungai. Sang ular berkata, “Bawa saya bersama awak kerana arus sungai terlalu deras dan saya akan dihanyutkan olehnya.” Sang musang bersetuju, dan ular itu membalutkan dirinya disekeliling musang tadi dan mereka pun menyeberang sungai. Apabila sudah selesai menyeberang sungai. musang pun menyuruh ular itu turun daripada badannya. Ular itu menguatkan lagi lilitan dan cengkamannya dan berkata, “Tidak, inilah yang terbaik yang boleh saya lakukan untuk kamu – untuk bunuh dan makan kamu". Apa yang boleh kita harapkan daripada ular? Sudah menjadi sifat semula jadinya untuk membunuh dan menelan. Tidak ada belas kasihan di kalangan ular. Maka sang musang pun berkata, “Wahai sahabatku, sebelum saya mati, saya ingin melihat wajah mu yang tampan dan menciumnya". Ular itu pun melepaskan cengkamannya dan datang ke hadapan sang musang. Musang menggigit kepala ular itu sehingga ular tersebut insaf dan menjadi lurus. Maka berkatalah si sang musang, “Wahai sahabatku, persahabatan harus begini – lurus.”

Pada suatu ketika dahulu ada seorang yang suka memberi khidmat kepada orang lain. Sedang dia berjalan di desa, seekor ular mengejarnya sambil berkata, “Wahai manusia, selamatkan aku daripada musuhku"! “Bagaimana boleh saya menolong"? tanya orang itu. “Mari masuk ke dalam poket saya ataupun lilitkan badan kamu di sekeliling badan saya supaya ia menjadi seperti tali pinggang.” Ular menjawab, “Tidak, musuh saya boleh mencari saya begitu. Bagi saya masuk ke dalam perut kamu". Orang itu membuka mulutnya kerana dia tidak pernah menghampakan permintaan sesiapun. Tidak lama kemudian datanglah orang yang mengejar ular tadi dengan menghayun kapak di tangannya sambil berkata, “ Mana si syaitan itu?” Apabila orang itu telah pergi, manusia yang baik hati ini menyuruh ular itu keluar kerana keadaan sudah selamat. Ular itu berkata, “Saya tidak mahu keluar. Keadaan di dalam perut ini bagus – banyak benda yang boleh saya makan seperti hempedu dan buah pinggang. Ini merupkan sifat saya, saya tidak boleh melawannya.” Maka orang baik itu bermunajat, “Wahai Tuhanku, saya telah menjalankan kebajikan yang terbaik untuk ular ini dan sekarang dia mahu bunuh saya. Engkau yang paling adil, hulurkanlah rahmatMu kepada ku.” Maka datanglah seorang malaikat sambil membawa dua helai daun dan menyuruh orang ini memakannya. Apabila dia makan daun-daun tersebut, perut dia mengeledak dan ular yang di dalam perutnya keluar dengan berketul-ketul.

Memberi khidmat yang terbaik kepada manusia amatlah digemari oleh Allah, dan Dia akan memberi ganjaran. Seandainya tiada belas kasihan di dalam jiwa si manusia tadi, tidak mungkin dia akan membenarkan ular itu masuk ke dalam perutnya. Cerita ini merupakan contoh bagaimana orang Muslim dan orang baik harus berkelakuan.

Berdasarkan kepada belas kasihan yang ada pada kita, kita akan mendekati kebaikan dan akan berbakti kepada semua orang, termasuklah tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Kita boleh berbakti kepada ular dengan mencabut gigi-giginya yang berbisa supaya dia tidak dapat mencederakan orang.

Kita harus meminta Allah membuat kita lebih peka dan prihatin terhadap manusia yang lain dan meminta Allah mengampuni dosa kita. Cuba beri belas kasihan kepada semua makhluk, nescaya jiwa dan perhubungan kalian dengan Allah akan teratur. Belas kasihan dan bersimpati terhadap makhluk Allah merupakan iman yang kuat – akan menyelamatkan kalian di dunia dan akhirat daripada segala bentuk kesusahan.

Sunday, March 21, 2010

Ahad Yang Beraktiviti

Sungguh tidak disangka. Ahad yang aku lalui pada minggu ini penuh dengan aktiviti. Hanya pada ketika ini aku mendapat masa yang terluang dan tidak aku sia-siakan dengan menulis dalam blog ini untuk dijadikan kenangan.

6.45 pagi
Awal pagi aku bangun dan terasa badan ini bertenaga dan terasa juga diri ini agak rajin untuk melakukan sesuatu. Jadi aku gunakan spenuhnya untuk mengemas bilik dan rumah.

10.00 pagi
Aku telah berjanji dengan rakan sepejabat untuk pergi ke Sungai Gabai, beriadah. Tapi aku terlewat sedikit menepati janji yang telah dibuat. Sesampai disana, kelihatan suasana yang amat meriah dipenuhi insan-insan yang digelar manusia dengan pelbagai gelagat dan karenah.

1.45 Tengah hari
Aku terpaksa meninggalkan rakan-rakan sekerja kerana telah berjanji akan menghantar kakak iparku dan rakan nya ke stesen bas jalan pudu. Mereka telah berada disini selama empat hari untuk berkursus. Aku sampai lewat 30 minit daripada janji kerana kesesakan jalan dalam perjalanan Subang Medical Centre.

3.55 petang
Aku sampai di Hentian Pudu raya. Hampir dengan masa bas dijangka brtolak ke Taiping. Aku hanya singgah dibahu jalan dan terus menuju ke Giant supermarket untuk mencari beberapa barangan keperluan.

4.30 Petang
Melakukan apa perkara yang patut di Giant Supermarket. Kemudian membeli majalah Ujang dan Apo? kegemaran ku lalu berehat di Secret Recepie bertemankan segelas iceblend capucino. Hampir sejam melayan majalah, barulah aku keruang membeli belah.

6.45 petang
Sampai dirumah, menyimpa barangan yang dibeli, mandi dan menunaikan apa yang perlu. Dan macam biasa, kembali mengadap Laptop sampai sekarang.

9.00 malam
Nak pegi makan malam.

Thursday, March 18, 2010

Kaki Kiri Ku

Aduhhh...Rintih dalam hatiku apabila berjalan terutamanya turun atau naik tangga. Perit benar rasanya kaki kiri ku ini ketika menyentuh bumi. Sakitnya tak tertahan. Sejak aku bangun tidur pagi sudah terasa.

Semuanya adalah akibat bermain fotsal malam tadi. Orang main fotsal, aku pun nak main fotsal. Orang sepak bola, aku sepak angin. Orang gelecek bola, aku digelek orang saja. Bukan tau main pun. Saja mengacau orang main. Sambil-sambil tu boleh juga mengeluarkan peluh. Kalau harap kerja dipejabat, duduk dua belas jam pun tak keluar peluh.

Malam semalam main sehingga dua jam pulak tu. Selalu main satu jam saja. Akibatnya, kaki aku terasa sengal-sengal selepas habis bermain. Dan ada juga kaki aku ini berlaga dengan kaki kawan-kawan ketika cuba menahan bola. Itu yang menambahkan lagi rasa sakitnya aku rasa.

Bila baru boleh hilang rasa sakit ni. Jangan berlanjutan sampai minggu depan sudah hendaknya. Kerana minggu depan aku kena kerja luar kawasan.

Tuesday, March 16, 2010

Belum Ada Jodoh

Hujung minggu yang lalu. Menambah kenangan dalam hidup ku. Semakin dimamah usia. Itu lah yang aku rasa.

Perasaan bermula apabila hari jumaat yang lepas, aku menerima panggilan telefon daripada emak dikampung. Mengingatkan aku tentang majlis perkahwinan yang akan berlansung pada hari sabtu dan ahad yang mendatang. Hendak tak hendak, aku terpaksa pulang kerana itu adalah majlis kawanku dan saudara sebelah ayahku sendiri. Memang aku agak agak berat untuk pulang, tambahan pula jika majlis tersebut adalah majlis perkahwinan.

Aku tabahkan juga hati untuk pulang walaupun aku sudah tahu apa yang akan terjadi. Seperti yang dirancang, pada hari sabtu aku pergi majlis kawan ku pada hari tersebut dan aku berjaya melepaskan diri daripada saudara-mara ku ketika disana.

Tapi aku tidak boleh mengelak selamanya, ketika majlis di rumah saudara ku, aku tidak dapat melarikan diri. Hampir semua saudara-mara sebelah ayahku berada disana. Pelbagai soalan diajukan. Tidak lupa juga dengan kata-kata sindiran.

Malu yang teramat sangat aku rasa. Al-maklumlah, semua yang hampir sebaya dan lebih muda daripada ku telah berumah tangga. Yang tinggal hanya aku seorang sahaja. Mereka juga sudah dapat meneka alasan yang akan aku berikan dan semuanya dapat dipatahkan mudah. Aku hanya tersenyum menahan malu dengan alasan terakhir "Belum Ada Jodoh".

Sunday, March 7, 2010

UNDANG-UNDANG CINTA

En. Pahrol Mohd Joui telah menggariskan beberapa peraturan dan batasan-batasan untuk bercinta. Di antaranya ialah:

01. Hendaklah cinta kita itu didasari kepada cintakan Allah Taala.

Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah Taala. Allah Taala yang memberikan fitrah itu kepada kita, maka gunakanlah fitrah itu untuk menghampirkan diri kepadaNya.

02. Pastikan semasa menjalinkan hubungan cinta itu tiada hukum Allah Taala yang dilanggar.

Di antaranya ialah tidak ada pergaulan bebas, tidak berdua-duaan di tempat yang sunyi, tidak mendedahkan aurat, tidak mengabaikan asas-asas agama seperti solat dan lain-lain lagi.

03. Jangan mencintai seseorang lebih dari mencintai Allah Taala.

Maksudnya, janganlah kita mencintai seseorang itu lebih hebat daripada kita mencintai Allah Taala. Cintailah seseorang itu seadanya sahaja dan cintailah Pencipta cinta itu lebih dari segalanya.


Petikan daripada www.iluvislam.com

PERIGI MENCARI TIMBA

Perigi mencari timba atau perempuan mencari lelaki sebagai calon suamainya bukanlah sesuatu yang asing di dalam Islam. Di antara contoh yang boleh dijadikan rujukan perempuan Islam pada hari ini adalah kisah Saidatina Siti Khadijah meminang Rasulullah S.A.W. Ini menunjukkan bahawa harus di sisi agama bahkan digalakkan jika seseorang perempuan itu meminang seorang lelaki yang soleh.

Walaubagaimanapun, adat kita di Malaysia memandang perkara ini sebagai sesuatu yang janggal dan memalukan. Seseorang perempuan itu akan dikatakan gatal jika mereka yang memulakan dahulu perhubungan dengan seseorang lelaki. Sedangkan mendapatkan seorang lelaki / suami yang soleh adalah di antara perkara utama yang dituntut oleh agama.

Persepsi ini perlu diubah secara perlahan-lahan dan beransur-ansur. Selain itu juga, perlulah diingatkan kepada mana-mana perempuan yang ingin memulakan dahulu peminangan ini agar sentiasa menjaga adab-adab dan sopan-santun yang telah di ajar oleh Islam. Jagalah percakapan dan perbuatan agar pihak lelaki tidak salah faham tujuan kita memulakan dahulu perhubungan itu.


Petikan daripada www.iluvislam.com

Wednesday, March 3, 2010

Andainya Aku Bersuara






Akulah sebatang kara
Dan tiada tempat bercerita
Segalanya kudiamkan saja
Maka hati pun mulalah berkata-kata

Adainya aku bersuara
Tak bererti aku melindungi
Dan mencari kelemahan diri
Bukan juga untuk aku mengharap simpati

Dimanakah letaknya diriku ini
Sehingga ku rasa sungguh asing sekali
Hilang sudah rindu dan kasih sayang
Segalanya bagi baru saja bermula

Yang putih padamu sama
Kau keliru tak dapat bezakan
Pada zahir sama yang dilihat
Begitulah aku cuba mengibaratkan

Ku cari rindu
Entah bila rindu kembali menjelma
Ku pujuk hati
Tak usah sayu
Biarkanlah semuanya berlalu

(Nyanyian Liza Hanim)