Untuk menerima belas kasihan (rahmat) kita perlu memberi belas kasihan. Tanpa belas kasihan tidak akan ada kedamaian bagi seluruh dunia - tiada keyakinan, tiada keadilan dan tiada saling menghormati di antara satu sama lain di dalam masyarakat. Setiap aturan dan urusan manusia tanpa diiringi dengan belas kasihan tidak akan membawa kepada apa-apa natijah.
Kewujudan semua benda di alam semesta ini bergantung kepada belas kasihan. Para anbiya telah dihantar kepada ummat-ummat mereka sebagai rahmat, dan penghulu nabi, Muhammad S.A.W di hantar akhir sekali sebagai rahmat bagi seluruh dunia dan makhluk. Baginda bersabda, “Seorang Muslim: orang yang menyerah dirinya kepada kehendak Allah, seorang yang tidak mencederakan orang lain melalui lidah atupun tangannya.” Ini adalah penerangan yang pendek tetapi tepat tentang ciri utama seorang Muslim.
Seorang Muslim harus ada perasaan belas kasihan dan tidak boleh mencederakan orang lain. Sekiranya seorang itu tidak ada perasaan belas kasihan, dia tidak mampu menghalang nafsunya daripada mencedera orang lain, nafsu itu akan menggigit dan menendang seperti haiwan yang liar dan nescaya akan mencederakan orang. Iman seorang Muslim tumbuh melalui lautan rahmat. Seperti tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalam air, kebaikan akan hidup bersama rahmat. Tanpa rahmat dan belas kasihan di dalam jiwa kita, tidak mungkin amalan baik boleh di capai.
Pada suatu masa dahulu ada seekor musang bersahabat dengan seekor ular dan semasa di dalam perjalan ke satu tempat, mereka terpaksa menyeberangi sungai. Sang ular berkata, “Bawa saya bersama awak kerana arus sungai terlalu deras dan saya akan dihanyutkan olehnya.” Sang musang bersetuju, dan ular itu membalutkan dirinya disekeliling musang tadi dan mereka pun menyeberang sungai. Apabila sudah selesai menyeberang sungai. musang pun menyuruh ular itu turun daripada badannya. Ular itu menguatkan lagi lilitan dan cengkamannya dan berkata, “Tidak, inilah yang terbaik yang boleh saya lakukan untuk kamu – untuk bunuh dan makan kamu". Apa yang boleh kita harapkan daripada ular? Sudah menjadi sifat semula jadinya untuk membunuh dan menelan. Tidak ada belas kasihan di kalangan ular. Maka sang musang pun berkata, “Wahai sahabatku, sebelum saya mati, saya ingin melihat wajah mu yang tampan dan menciumnya". Ular itu pun melepaskan cengkamannya dan datang ke hadapan sang musang. Musang menggigit kepala ular itu sehingga ular tersebut insaf dan menjadi lurus. Maka berkatalah si sang musang, “Wahai sahabatku, persahabatan harus begini – lurus.”
Pada suatu ketika dahulu ada seorang yang suka memberi khidmat kepada orang lain. Sedang dia berjalan di desa, seekor ular mengejarnya sambil berkata, “Wahai manusia, selamatkan aku daripada musuhku"! “Bagaimana boleh saya menolong"? tanya orang itu. “Mari masuk ke dalam poket saya ataupun lilitkan badan kamu di sekeliling badan saya supaya ia menjadi seperti tali pinggang.” Ular menjawab, “Tidak, musuh saya boleh mencari saya begitu. Bagi saya masuk ke dalam perut kamu". Orang itu membuka mulutnya kerana dia tidak pernah menghampakan permintaan sesiapun. Tidak lama kemudian datanglah orang yang mengejar ular tadi dengan menghayun kapak di tangannya sambil berkata, “ Mana si syaitan itu?” Apabila orang itu telah pergi, manusia yang baik hati ini menyuruh ular itu keluar kerana keadaan sudah selamat. Ular itu berkata, “Saya tidak mahu keluar. Keadaan di dalam perut ini bagus – banyak benda yang boleh saya makan seperti hempedu dan buah pinggang. Ini merupkan sifat saya, saya tidak boleh melawannya.” Maka orang baik itu bermunajat, “Wahai Tuhanku, saya telah menjalankan kebajikan yang terbaik untuk ular ini dan sekarang dia mahu bunuh saya. Engkau yang paling adil, hulurkanlah rahmatMu kepada ku.” Maka datanglah seorang malaikat sambil membawa dua helai daun dan menyuruh orang ini memakannya. Apabila dia makan daun-daun tersebut, perut dia mengeledak dan ular yang di dalam perutnya keluar dengan berketul-ketul.
Memberi khidmat yang terbaik kepada manusia amatlah digemari oleh Allah, dan Dia akan memberi ganjaran. Seandainya tiada belas kasihan di dalam jiwa si manusia tadi, tidak mungkin dia akan membenarkan ular itu masuk ke dalam perutnya. Cerita ini merupakan contoh bagaimana orang Muslim dan orang baik harus berkelakuan.
Berdasarkan kepada belas kasihan yang ada pada kita, kita akan mendekati kebaikan dan akan berbakti kepada semua orang, termasuklah tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Kita boleh berbakti kepada ular dengan mencabut gigi-giginya yang berbisa supaya dia tidak dapat mencederakan orang.
Kita harus meminta Allah membuat kita lebih peka dan prihatin terhadap manusia yang lain dan meminta Allah mengampuni dosa kita. Cuba beri belas kasihan kepada semua makhluk, nescaya jiwa dan perhubungan kalian dengan Allah akan teratur. Belas kasihan dan bersimpati terhadap makhluk Allah merupakan iman yang kuat – akan menyelamatkan kalian di dunia dan akhirat daripada segala bentuk kesusahan.
obat kuat pria
8 years ago
No comments:
Post a Comment