Thursday, March 18, 2010

Kaki Kiri Ku

Aduhhh...Rintih dalam hatiku apabila berjalan terutamanya turun atau naik tangga. Perit benar rasanya kaki kiri ku ini ketika menyentuh bumi. Sakitnya tak tertahan. Sejak aku bangun tidur pagi sudah terasa.

Semuanya adalah akibat bermain fotsal malam tadi. Orang main fotsal, aku pun nak main fotsal. Orang sepak bola, aku sepak angin. Orang gelecek bola, aku digelek orang saja. Bukan tau main pun. Saja mengacau orang main. Sambil-sambil tu boleh juga mengeluarkan peluh. Kalau harap kerja dipejabat, duduk dua belas jam pun tak keluar peluh.

Malam semalam main sehingga dua jam pulak tu. Selalu main satu jam saja. Akibatnya, kaki aku terasa sengal-sengal selepas habis bermain. Dan ada juga kaki aku ini berlaga dengan kaki kawan-kawan ketika cuba menahan bola. Itu yang menambahkan lagi rasa sakitnya aku rasa.

Bila baru boleh hilang rasa sakit ni. Jangan berlanjutan sampai minggu depan sudah hendaknya. Kerana minggu depan aku kena kerja luar kawasan.

No comments:

Post a Comment