Monday, August 30, 2010

Wajah Baru

Masa aku mengubah rupa paras blog aku ni, aku tengah xde keje sesangat dan bosan tahap sangat2. Aku nak tengok movie pun rasa malas nak ngadap sambil dok diam. Jadi mengantuk. So aku pun ambik keputusan untuk mengubah rupa bentuk @ rupa paras blog aku yang comel lagi hemsem cam tuan dia ni. Banyak jugak template yang aku try, tapi takde yang sesuai ngan jiwa aku. Yang ni pun tak bape nak masyuk ngan aku, tapi untuk sementara waktu sampai aku jumpa yang sehati sejiwa raga penuh perasaan tu, boleh la pakai dulu. Ni pun bukan template sebenar, aku dah edit. Aku memang jenis yang suka mengubah suai. Aku takkan pakai yang standart. So sesapa yang tenampak or tertengok or terjumpa or terlihat or terbaca or terpandang or terkelih or ter"usha" or yang sewaktu dengannya. sila komen kat mana yang tak kena. Harap pandangan anda memberi inpirasi dan petunjuk untuk keindahan mata memandang. Setiap ayat anda dihargai.
Terima Kasih...

Sunday, August 29, 2010

Berbuka @ 19 Ramadan 1413 H

Hari pertama dalam ramadan ni aku berbuka sorang2. Start dari mula puasa aku berbuka ngan family akak aku, ngan family aku kat kampung. Tak pernahnya nak berbuka sorang2. Kalau tahun2 lepas tu biasa la. Ari ni aku berbuka kat KL, esok berbuka kat Kedah, lusa kat Perak, tulat kat Penang. Berbuka merata2 tempat ni sapa nak temankan. Berbuka sesorang je la kat kedai. Kalau dah datang malas tanpa hasutan syaitan, berbuka kat fast food restaurant. Malas nak menunggu la katakan. Pastu bersahur boleh dibilang. Dok tido kat hotel, kena air cond confirm takkan bangun nya. Masa dulu memang kerap la aku berbuka kat kampung. Pantang kena pegi utara, ada la muka aku kat kampung. Pas sahur aku balik la KL.

Oleh kerana dah tahu tinggal sorang, semalam aku bersahur kul 1.00 pagi (takut tak bangun). Petang tadi lepas asar, aku start keta, merayap g bazar ramadan. Pegi bukan main jauh lagi. Sampai kat Kampung Batu tu. Padahal keliling rumah aku ni pun bnyk bazar ramadan. Saja cari yang jauh coz dah bosan dok rumah ngadap laptop ngan tv. Boleh jejalan sikit. Lepas beli apa yg patut, aku tgk jam baru 5.30. Aduss.. Lamanya lagi. So aku pun menjejalankan diri sampai ke Batu cave, masuk Selayang, pusing Kepong, trus ke Wangsa Maju, Keluar setapak dan balik rumah. Huhu.. Habis semua aku tawaf. Nasib baik tak sampai Rawang tadi coz aku tengok jalan dia cam jem. Kalau tak... Haaa... Buka dalam keta la jawabnya. Padan muka aku.

Sok dan lusa pun akak aku takde lagi, so aku kena sahur and berbuka sorang2 lagi. Owh.. Esok tak. Esok aku berbuka ngan penyamun2 tu. Dan masa aku menaip ni tetiba plak terasa nak makan megi goreng mamak. So nampaknya jap lagi kena pegi cari la ni. Sapa nak aku ajak lepak mamak ni erk. Penyamun botak tu mesti g dating malam minggu ni. Erm??? Tgk la nanti sapa yang ada.

Baju Melayu

Tahun ni aku nak beraya semua warna merah. So aku teringat balik design yang aku pernah terpikir dulu. Cuma dulu tak jadi nak buat coz rasa cam pelik sikit campur2 warna ni. So aku batalkan niat aku tu. Aku cuma buat ala2 design tu je. Baju belah tengah warna kuning cair. Atas pakai butang baju melayu, bawah butang biasa tersorok sampai bawah.

Tapi tahun lepas aku tak sempat nak buat, so aku beli je baju yang dah siap warna ungu. Tahun lepas pun sama jugak. Malas nak susahkan kakak aku, beli kat jalan TAR warna biru.

Tahun ni aku tak smepat nak beli kain tuk buat cam yang aku nak. So nampaknya beli jugak la. Belum terpikir lagi nak beli kat mana. Tunggu petunjuk datang nak beli kat mana, baru aku pegi.

Ni la design yang aku nak buat tu. Ada dua yang aku tengah pikir yang mana satu cantik. Rasa cam yang ni design satu tu lagi cantik coz poket dia tersorok kat dalam.




Selain warna merah ni terpikir jugak nak buat warna putih campur kelabu or ungu cair campur ungu pekat. Warna hijau cair campur hijau pekat pun cantik jugak. Lama2 pening trus nak pilih warna apa. So kesimpulan nya trus warna merah campur kelabu. sedondon ngan keta aku.

Memula cam nak letak bunga2 sikit kat belang kelabu tu. Tapi dah macam orang nak g nikah la plak. So buang niat bunga2 tu. Kalau jadi baju aku ni, serba merah kelabu aku raya tahun ni.

Ahad Yang Tiada Aktiviti

Sabtu dan ahad minggu ni aku cuti. Sabtu (semalam) aku ada aktiviti sampai la tengah malam. Tapi hari ni aku takde aktiviti langsung. Skrang ni pun aku dah tak tau nak buat apa. Mengadap tv ngan laptop aku ni dari pagi sampai la skrang. Memang bosan.

Nak pegi merayap rasa cam malas plak. Geng pun takde. Pagi ni semua senyap je tak tau pegi mana. Klu tak, boleh jugak ajak pegi menyibukkan diri kat jalan TAR tu. Tambah2kan sesak kat situ. Bukan nak beli apa pun, cuma jalan2 dan tengok2 apa yang ada.

Hari ni punya la free, tapi esok jadual aku penuh. Pagi keje, petang berbuka ngan geng penyamun2, malam nak kena pegi jumpa member tuk hal kete. Perghh.. Smua tempat yang aku nak pegi jauh2 tu. Sempat ke aku nak pegi jumpa member aku tu. Kalau berbuka ngan geng penyamun tu, mesti balik lambat nye la.

Macam tahun lepas. Lepas buka, solat, pastu sambung balik sembang2 sampai isyak. pastu baru terkedek2 nak gerak balik. Tung tang tung tang dekat pukul 9 lebih jugak sampai rumah. Janji ngan member aku ni pukul 9.00. Tapi janji mesti ditepati. Aku kena cuba tuk jumpa dia coz nak settle smua sebelum raya. klu tak nanti kesian kat dia.

Thursday, August 26, 2010

Booommmm.....

Tahun ni aku tak dapat mercun lagi. Dan aku rasa tahun ni aku tak nak beli mercun. Kalau beli pun masa bilanya nak main. Aku balik pun dah malam raya. Beli confirm tak sempat nak main. Anak buah aku ramai yang balik raya kedua. Ngan sapa aku nak main kalau aku beli.

Baik aku simpan duit beli mercun tu buat duit raya bebudak tu dari bakar hangus camtu je. Tapi malam raya jadi takde aktiviti la. Selalu malam raya mesti meriah main mercun ngan bunga api. Raya lepas aku beli bunga api KLCC. aku rasa rumah aku la paling meriah coz rumah aku je pasang bunga api tu.

Tahun ni tak tau lagi nak wat meriah camne. Aku takut raya tahun ni suram coz aku balik malam raya. Yong balik hari raya kedua. Nyah tak tau lagi, tapi dia dekat, bebila dia boleh balik. Cik balik malam raya pertama. Abang pun balik raya kedua. Kakak atas aku balik raya kedua.

Maknanya tahun ni memang takkan ada bunga api or mercun untuk malam raya. Silap2 aku pun sampai tengah malam raya tu. Kesian mak ngan ayah aku kena wat persiapan raya berdua je. Selalu ada aku tuk tolong buat semua tu. Ni kali pertama aku balik malam raya. Sebelum ni aku akan balik satu or dua hari sebelum raya. So aku ada masa untuk tolong buat persiapan.

Erm...Macam mana la raya tahun ni. Aku tak dapat bayangkan mak ngan ayah aku je yg buat semua persiapan. Anaknya balik malam raya. Mesti penat mak ngan ayah aku nanti. Mesti diaorang sedih coz takde sapa lagi masa last puasa.

Tapi camne plak ngan mak ayah yg anak dia tak balik masa raya? Mesti lagi sedih...

Wednesday, August 25, 2010

Ring Tone Aku Skrang - Kekasih Halal

Dia gadis bertudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

Dia gadis bertudung merah
Bawalah diriku padanya
Takkan habis ku berdoa
Jadi kekasih halalnya


Aku tak tau kenapa aku tertarik sangat dengan lagu ni. Paling aku suka lirik yang aku paste kat atas tu. Semalam aku download and trus aku potong lagu tu tuk wat ring tone.

Sebelum ni aku tak tau pun sapa nyanyi lagu ni coz aku bukan jenis yang suka download lagu. aku lebih suka movie. Lagu ni member aku play masa tengah rehat tengah ari semalam. Tetiba rasa terusik plak bila dengar lagu ni.

Tajuk dia pun bunyi lain macam. Tapi bila dah dengar lagi dia dari mula sampai abis, confirm korang tau apa maksud dia. Sama2 kita hayati.

*Jiwang sekejap...

Monday, August 23, 2010

Ramadan - Selamatkan Uda dan Dara Dengan Hikmah Puasa

Setiap kali seorang anak muda berpuasa, ingat-ingatlah kepada pakejnya yang diberikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor (lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: Sesungguhnya aku berpuasa [riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068]

Puasa sudah diberi sebagai wija’.

Ia hanya berperanan sebagai latihan apabila puasa itu menahan diri daripada:

1.Makan
2.Minum
3.Perkara-perkara lagha dalam kehidupan
4.Perkara-perkara lucah atau yang bersangkutan dengan naluri seksual
5.Bertindak reaktif membalas provokasi.
Jika puasa untuk menangguh nikah hanya dibuat dengan menahan diri daripada makan dan minum, ketahuilah ia tidak akan bertahan. Seorang anak muda juga harus mencegah dirinya daripada perkara-perkara yang lagha dalam kehidupan seharian. Sibukkan diri dengan hal-hal yang bermanfaat.

Seorang anak muda juga harus mencegah dirinya daripada perkara-perkara rafas, yakni sebarang aktiviti yang menjurus kepada rangsangan seksual. Baik dalam bentuk percakapan, fikiran atau pun tindakan perbuatan.

Seorang anak muda juga, di samping puasa makan minumnya, harus belajar untuk tidak menjadi hamba perasaan. Jangan emosional. Belajar mengawal diri dan mampu mengawal keinginan daripada bertindak hasil dorongan perasaan dan bukannya fikiran.

Puasa bukan empangan yang menanti pecah.

Ia adalah tarbiyyah dari Allah untuk kalian proaktif, memilih tindakan hasil saringan dan bukannya bertindak mengikut rangsangan dan perasaan.


Petikan dari buku MURABBI CINTA

Harga Diriku

Di dirimu aku menemukan
Yang mencintaiku
Yang menyayangiku
Di dirimu aku ketakutan
Kau biarkanku
Kau tinggalkanku

Reff:

Bila kamu tak lagi denganku
Ku tak tahu apa ‘tuk jalani hidupku
Bila memang kau pergi dariku
Ku tak ada lagi di dunia ini

Mengertikah kau siang malamku
Dan tangis tawaku
Kau semua hidupku
Pandang aku pandanglah hatiku
Aku tak mampu melangkah tanpamu

Back to Reff

Bukan ku tak punya harga diri
Tapi dirimu begitu berarti
Kaulah nafasku engkau harga diriku
Mengerti aku….

Back to Reff

Sunday, August 22, 2010

12 Ramadan

Berbuka puasa bersama ahli keluarga yang berada di KL. Dah lama plan benda ni. Dari awal puasa lagi. Tapi mula-mula plan nak buat tuk semua ahli keluarga dulu kat kampung. Tapi ramai yang tak dapat cuti plak. So susulannya buat untuk yang ada kat KL plak.

So semalam semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Cuma aku ngan family kakak aku yang kat Gombak ni lambat sikit sampai rumah kakak aku yang kat Kepong. Rancang mula-mula nak gerak dari rumah lepas asar. Tapi semua terlambat. Sampai dekat pukul 7.00 dah.

Disebabkan lambat, aku kena pergi bazar ramadan dulu untuk beli apa yang patut. So kat bazar ramadan dapat Air tebu, murtabak, ayam percik dan sikit kuih. Sampai rumah akak terus kelam kabut bersiap-siap untuk berbuka.

Penuh satu rumah akak aku dengan 2 family kakak dan aku dan seorang anak buah aku dari ipoh yang belajar kat KL ni. Meriah, riuh-rendah dan kelam kabut dengan perangai bebudak kecik yang sibuk nak berbuka tapi tak posa tu. Tapi nak wat camne kan. Namanya pun bebudak. Diaorang la yang menjadikan berbuka tu semakin meriah.

Lepas berbuka, turun pegi surau. Lepas tu dok bersembang sambil menghabiskan saki baki makanan. Masa ni la macam-macam cerita keluar. Dari cerita masa kecik sampai la cerita terkini. Malam tadi semua pakat tido lewat.

Dan nasib baik ada yang sedar untuk bangun sahur. Tu pun masa bangun dah dekat pukul 5.00 pagi. Bersiap tuk bersahur, kejut bebudak yang boleh puasa, bersahur pukul 5.15 pagi. Sahur ramai-ramai ni semua jadi berselera. Sambil sahur ada lagi cerita nak disembangkan. Sambung sampai lepas sahur sementara tunggu subuh. Lepas tu semua sambung tido balik. Maklumlah, ahad katakan. Hari minggu.

Benda macam ni yang aku suka. Berkumpul dan mengeratkan silaturahim. Raya keempat nanti hari berkumpul untuk semua ahli keluarga dan sanak-saudara. Sedara aku kawin kat kampung. Geng sebaya sedara belah ayah aku. Memang rapat dari kecik lagi. Nampaknya aku kena minta cuti. Dapat tak dapat tak tau lagi. Harap-harap dapat.

Dan yang paling penting aku kena cari alasan dan segala jawapan untuk soalan pedih lagi pedas yang akan keuar dari mulut semua sedara mara aku. Soalan cepu emas yang berbunyi BILA NAK KAWIN?, TAK ADA CALON LAGI KE?, UMUR DAH TUA TU, CEPAT KAWIN,dan macam-macam lagi. Mesti kena punya la masa kenduri tu nanti.

Monday, August 16, 2010

Ada Kursus Lagi

Aku baru lepas dapat cal dari HQ, khamis ni ngan khamis depan aku ada kursus lagi. Bulan posa camni pun nak buat kursus gak ke? Buat masa biasa dah la. Tak larat la nak dengar time lapo camni. Mesti ngantuk giler. Tempat kursus jauh plak tu.

Tak pegi kang, kena ceramah ngan bos. Kena pegi jugak la nampaknya. Minggu ni ada kursus basic meter. Minggu depan ada CIDB. Tadi baru abis kursus basic safety circuit. Tetiba je panggil. Aku dah sampai site diaorang suruh pegi jugak.

Pastu padan muka diaorang aku masuk lewat. Dah habis setengah kelas, dia kena ulang sikit2 untuk aku. Dan padan muka aku jugak jadi tak paham apa yang dia terang. Dia nak ulang semua dah takde masa. Petang masa praktikal dah gagap2 aku nak buat.

Esok aku ada site baru nak pegi tengok. Harap2 best. Site baru la katakan. Benda semua baru. Tak banyak problem. Harap2 la. Kalau dia nak but hal, tak boleh nak cakap apa.

Keciwa...

Aku punya la semangat baik kampung, tau2 sampai kampung aku boleh demam. Kenapa demam aku sendiri pun tak tau. Tiba2 je. Malam aku sampai tu ok je. Pagi tu masa sahur dah rasa lain macam. Nak kata aku kena hujan masa balik tu tak jugak.

So sahur pagi tu ala kadar je la. Sekadar isi perut and cover dari mak ayah jgn nampak sangat tak sihat. Kang diaorang risau plak. Masuk tengah ari aku dah rasa lain macam sangat2. Badan aku tak panas, tapi satu badan rasa sakit. Memang lemah longlai terus. Nak buat keje apa pun tak boleh. Mak aku dah mula perasan. Dah tak boleh nak cover.

Buka tu aku makan kuih n minum air je. Itu pun rasa macam nak terkeluar balik. Suap sikit je terus nak terkeluar balik. So aku terus tibai panadol dua biji, rehat depan tv sampai kul 10. Pastu rasa cam ok sikit tekak ni. Ingat dah boleh makan, tapi serupa macam tu jugak. Baru makan sikit, terus keluar. Adusss... Dah la bulan posa, siang tak boleh nak makan.

Pagi tu aku tak sahur. Badan memang rasa lemah giler. Sampai nak bangun pun satu badan sakit. Tapi sikit pun tak rasa lapar walaupun satu haru aku tak makan nasi. Cuma jamah kuih beerapa ketul and minum je. Tu yang buat aku pelik.

Petang ahad sebelum aku balik, aku rasa makin ok. Aku gagah juga makan takut mak aku kecik ati. Pas berbuka aku gerak balik KL. Dari kampung sampai KL aku kena pakai baju sejuk. Tak buka air cond pun.

Nasib baik pagi tadi aku bangun, semua dah ok. Boleh aku pegi keje. Aku malas nak mc or ponteng keje tahun ni. Aku nak bawa semua cuti tahun depan. Tengok kalau2 ada projek boleh jalan tahun depan.

Friday, August 13, 2010

Balik Kampung Time....

As-salam semua orang kampung...
Budak hensem kampung nak balik dah. Huhu..jangan tunggu ngan bunga mangga erk. Kang ada yag tak nak balik Kl dah. Sapa nak buat semua keje kat KL tu. Kurang pulak sorang budak hensem dari Perak kat KL tu.

Sekarang ni tengah tunggu nasi nak turun masuk perut. Kang main gerak je, bahaya pulak. Jadi nye ngantuk kang mau tido terus. Jalan pulak tengah licin ni. Ujan tak renti-renti dari petang tadi. Aku pulak jenis yang tak suka drive time hujan or lepas hujan. Bahaya..

Sementara tu, on intenet, godek apa yang patut, tengok-tengok blog orang lain, usik-usik blog sendiri, pastu tak tau nak buat apa dah. Sapa yang terbaca ni, doa-doakan keselamatan aku balik ke kampung dan kembali semula ke KL ni.

So,,,,aku nak balik dah ni. Nak tutup lap top, kemas-kemas, dan APA KABAR ORANG KAMPUNG.......

Semangat nak balik coz dah lama sangat tak balik. Rekod paling lama aku tak balik kampung (hampir 3 bulan).

Thursday, August 12, 2010

Keje Di Bulan Puasa

Semua orang kene buat keje macam biasa masa bulan puasa ni. Termasuk la aku. Tapi untuk minggu ni aku dah kurang pikir pasal keje ni. Aku banyak pikir pasal nak balik kampung je.

Hari ni aku berbuka puasa dengan kawan aku kat bangunan yang aku jaga ni. Bukan kira OT pun. Lebih pada malas nak balik rumah berbuka. Kalau balik rumah pun aku berbuka sorang-sorang je. Akak aku dah balik kampung mertua dia pagi tadi. So tinggal aku sorang je malam ni. Nak keluar merayap takde mood coz bulan puasa ni orang kata banyakkan beribadat dari buat benda tak tentu hala.

Lepas buka kang aku balik rumah. Kemas apa yang patut coz dari tempat keje esok, aku akan balik kampung trus. Malas dah nak patah balik rumah dulu. Malas nak layan jalan KL ni yang jem tahap apa pun tak tau nak cakap dah. Kena pulak time bulan puasa cam ni, semua orang berkejar-kejar nak balik rumah nak berbuka.

Tak sabar betul la nak balik kampung ni. Lama dah tak tengok kampung halaman aku yang aman tenteram dan penuh ketenangan tu. Harap balik ni dapat tenteramkan jiwa, balik KL nanti ada semangat baru nak bekerja. Insyaallah hendaknya.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadan 2010

Selamat Berpuasa.
SMS pertama masuk dalam inbox hset aku petang semalam. Belum puasa lagi tu. Malam macam-macam ayat pesanan masuk sampai tengah malam. Naib baik hset ni inbox aku set dalam memori kad. Kalau tak mesti penuh.

Selamat berpuasa & Selamat hari raya.
Yaiii... Belum puasa pun dah ada yang tak sabo nak raya. Antara sms yang aku dapat malam tadi. Puasa pun tak tau penuh or tak lagi.

Lepas tu aku bincang ngan akak-akak aku nak balik kampung or tak minggu ni. Akak aku yang kat rumah ni balik katanya. Yang kat Kepong tak tau lagi, yang kat Ipoh pun tak tau lagi. Abang aku pulak "tengok dulu" katanya. Tengok sampai bila tak tau lagi. Tapi confirm tak nampak. Tapi aku mesti balik. Mak & ayah aku dah bising sebab ni la paling lama aku tak balik kampung. Dua bulan ada kut. Selalu tiap-tiap bulan muka aku je kat kampung tu.

Nak balik bawak apa erk? Kalau tanya mak & ayah aku, confirm suruh bawak menantu. Tanya akak aku pun mesti sama. So aku rasa balik tangan kosong je la. Sampai kampung baru cari apa nak. Kalau kena perli camtu kang susah. Malu + teruk nak menjawab.

Hujung minggu ni,,,balik kampung... Buka puasa & sahur ngan my mum & my dad... Huhu... Opss... ter excited plak.

Tamatnya Minggu Kursus

Hari pertama aku berpuasa. Semuanya dalam suasana baru. Tempat kerja baru. Suasana kerja baru. Rakan sekerja baru. Kerja yang dibuat pun benda yang baru.

Dan hari ini aku kena pergi kursus lagi. Pening dah aku duduk kat tempat kerja baru ni. Tak habis-habis dengan kursus. Bos aku pun dah naik bising. Orang nak buat kerja tak cukup, HR masih pikir nak kejar target je, kursus untuk semua staf. Dah nak hujung tahun baru nak kelam kabut. Staf baru jadi mangsa untuk cukupkan jam kursus tu. Dah seminggu lebih aku kursus. Yang lain aku dengar cerita ada yang dah hampir tiga minggu kursus tanpa henti.

Pikir-pikir balik memang gila la. HR tau kejar target diaorang je. Masalah kat luar diaorang tak nak pikir. Bila ungkit, diaorang bising pasal OT, alaun semua claim, tapi kerja tak boleh siap. Dah diaorang tarik staf pergi kursus, macam mana nak buat kerja. Setengah kerja bukan boleh buat sorang. Pelik aku diaorang ni. Lain department, lain perangai.

Masa aku tengah menaip ni, aku tengah rehat jap. Petang ni aku ada sambung lagi dengar ceramah yang buat aku sangat-sangat mengantuk + lapar. Benda kejuruteraan ni bukan boleh main teori je. Tengok gambar, baca nota, dia terang sikit-sikit. Perghhh.... Memang bosan gila. Kalau bagi praktikal, tak payah terang pun rasa semua confirm dapat tangkap.

Nasib baik hari ni aku last kursus. Tu ikut jadual yang aku dapat la. Tapi kalau last minit dioarang tambah lagi, tak tau nak cakap apa la. Coz ada satu kursus penting yang aku patut pergi. Kalau tak pergi yang tu, aku memang tak boleh usik semua kerja site ni. Tapi aku pun tak paham kenapa nama aku tak ada dalam list kursus tu minggu lepas. Aku yang dah letih kursus tak henti ni buat senyap je la. Kalau dekat tak apa la jugak. Nak berulang tiap-tiap hari 45 minit dari rumah, mana boleh tahan.

So harap kalau HR nak buat kursus lagi, biarla lepas puasa nanti. Tak tahan wooo... Lapar, haus, bosan, smua ada. Jadi mengantuk and malas gila. Apa yang dicakap pun tak masuk lansung. Kesian penceramah tu, penat dia bercakap, semua tak bagi respond, pastu ada yang tido and balik kosong macam mula-mula datang.

Wednesday, August 4, 2010

Burger jalanan + Milo ais = Terbaikkk..

Tengah best main game, entah kenapa tiba2 aku rasa macam mengidm nak makan burger jalanan pulak. Dengan segera roger kawan2 terdekat, tukar baju, siap2 dan terus keluar ambik member. Kalau bab rasa mengidam memang aku takkan lengah2 kan. terutamanya kalau aku mengidam burger jalanan dan yang seangkatan dengannya.

Selalunya benda yang aku tetiba nak dan teringin ni benda yang biasa2 je. Jarang aku akan mengidam benda yang mahal2 ni. Benda2 fast food ni pun aku jarang nak mengidam. Aku pun tak tau la kenapa. Aku cuma risau kadang2 aku akan teringin makan benda yang susah nak cari.

Ada sekali tu aku rasa teringin nak makan ABC. tapi nak ABC yang kat Shah Alam. Tempat lain tak nak. Aku pergi ngan member dan tempat tu dah tutup & tengah buat renovation. Aku punya la ngidam sampai tak tenang dua tiga hari. Last2 pegi gak makan kat MARA. ABC dia boleh tahan tapi stil tak tenang coz nak yang kat Shah Alam gak.

Tapi bab ngidam ni kadang2 je jadi kat aku & tak tau la nape bleh ngidam & time bila rasa ngidam ni nak datang. Harap2 jangan ada terasa nak benda yang pelik2 & bukan musim dia sudah la. Pening gak aku nak puaskan tekak aku ni.

Lepas dapat burger jalanan ngan milo ais tadi, semua rasa ok. Pikiran pun mula rasa tenang balik. Takde pikir mana nak cari burger je. Kalau tak asyik teringat burger je. Sampai aku nak main game pun tak boleh fokus. Asyik kalah je.

kursus

Tanggal 21 julai 2010. Aku mula berkhidmat di syarikat baru yang mana bidang kerja baru aku ni ada sangkut paut dengan apa yang aku belajar selama ni. Tak macam kerja-kerja aku yang sebelum ni. Semuanya lari bidang. Bila pergi temuduga je, semua akan tanya macam mana aku boleh dapat kerja yang bukan bidang aku belajar sebelum ni. Gagap nak menjawap.

Dan alhamdulillah sangat-sangat aku dah dapat kerja yang memang bidang aku belajar sebelum ni, dan aku akan cuba capai cita-cita aku balik. Sekarang dah lebih kurang dua minggu aku kerja kat sini, macam-macam pengalaman baru aku dapat. Ada juga benda yang aku dah belajar, tapi aku dah lupa semua tu.

Dan hari baru aku pada minggu ni bermula dengan kursus. Dah tiga hari aku kursus dan macam-macam benda kena dengar. Bosan pun ada rasanya. Tapi nak buat macam mana kan? Dah wajib hadir. Kalau tak tak cukup pulak jam kursus untuk "confirm" nanti. Tu belum campur jam kursus tahunan. Adusss... Macam-macam la pulak tempat baru ni.

Walaupun macam-macam, tetap best. Masa kursus ada penerangan tentang background company, company profile, tentang HR, tentang semua department, kira semua diaorang terangkan la. Tak ada sorok-sorok. Dari situ dapat tau company ni best. Benefit banyak giler. Syarat ikut undang-undang yang ada. Langgar satu syarat, banyak benefit akan ditarik. TERUKNYA!!! Tapi pikir-pikir balik, hidup ni mesti ada undang-undang, kalau tak mesti lari dari landasan. Islam pun ada banyak undang-undang.

Esok aku ada lagi kursus sampai isnin depan. Senior supervisor merangkap group leader pulak dah bising jadual aku syik penuh dengan kursus je. Tak cukup orang nak buat kerja untuk aku punya site. Cam mana nak buat kan, dah arahan dari HQ. Ikutkan je dulu sebelum masuk kumpulan "haluan kiri" seperti sebelumnya. Tapi kali ni tak boleh nak "kiri" sangat. Kantoi mati wooo...

Yang penting mesti usaha untuk berjaya. Jalan dah ada. Diri sendiri yang menentukan. Insyaallah aku mampu lakukan yang terbaik untuk masa depan aku.