Hari pertama dalam ramadan ni aku berbuka sorang2. Start dari mula puasa aku berbuka ngan family akak aku, ngan family aku kat kampung. Tak pernahnya nak berbuka sorang2. Kalau tahun2 lepas tu biasa la. Ari ni aku berbuka kat KL, esok berbuka kat Kedah, lusa kat Perak, tulat kat Penang. Berbuka merata2 tempat ni sapa nak temankan. Berbuka sesorang je la kat kedai. Kalau dah datang malas tanpa hasutan syaitan, berbuka kat fast food restaurant. Malas nak menunggu la katakan. Pastu bersahur boleh dibilang. Dok tido kat hotel, kena air cond confirm takkan bangun nya. Masa dulu memang kerap la aku berbuka kat kampung. Pantang kena pegi utara, ada la muka aku kat kampung. Pas sahur aku balik la KL.
Oleh kerana dah tahu tinggal sorang, semalam aku bersahur kul 1.00 pagi (takut tak bangun). Petang tadi lepas asar, aku start keta, merayap g bazar ramadan. Pegi bukan main jauh lagi. Sampai kat Kampung Batu tu. Padahal keliling rumah aku ni pun bnyk bazar ramadan. Saja cari yang jauh coz dah bosan dok rumah ngadap laptop ngan tv. Boleh jejalan sikit. Lepas beli apa yg patut, aku tgk jam baru 5.30. Aduss.. Lamanya lagi. So aku pun menjejalankan diri sampai ke Batu cave, masuk Selayang, pusing Kepong, trus ke Wangsa Maju, Keluar setapak dan balik rumah. Huhu.. Habis semua aku tawaf. Nasib baik tak sampai Rawang tadi coz aku tengok jalan dia cam jem. Kalau tak... Haaa... Buka dalam keta la jawabnya. Padan muka aku.
Sok dan lusa pun akak aku takde lagi, so aku kena sahur and berbuka sorang2 lagi. Owh.. Esok tak. Esok aku berbuka ngan penyamun2 tu. Dan masa aku menaip ni tetiba plak terasa nak makan megi goreng mamak. So nampaknya jap lagi kena pegi cari la ni. Sapa nak aku ajak lepak mamak ni erk. Penyamun botak tu mesti g dating malam minggu ni. Erm??? Tgk la nanti sapa yang ada.
obat kuat pria
8 years ago
No comments:
Post a Comment