Setiap kali seorang anak muda berpuasa, ingat-ingatlah kepada pakejnya yang diberikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor (lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: Sesungguhnya aku berpuasa [riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068]
Puasa sudah diberi sebagai wija’.
Ia hanya berperanan sebagai latihan apabila puasa itu menahan diri daripada:
1.Makan
2.Minum
3.Perkara-perkara lagha dalam kehidupan
4.Perkara-perkara lucah atau yang bersangkutan dengan naluri seksual
5.Bertindak reaktif membalas provokasi.
Jika puasa untuk menangguh nikah hanya dibuat dengan menahan diri daripada makan dan minum, ketahuilah ia tidak akan bertahan. Seorang anak muda juga harus mencegah dirinya daripada perkara-perkara yang lagha dalam kehidupan seharian. Sibukkan diri dengan hal-hal yang bermanfaat.
Seorang anak muda juga harus mencegah dirinya daripada perkara-perkara rafas, yakni sebarang aktiviti yang menjurus kepada rangsangan seksual. Baik dalam bentuk percakapan, fikiran atau pun tindakan perbuatan.
Seorang anak muda juga, di samping puasa makan minumnya, harus belajar untuk tidak menjadi hamba perasaan. Jangan emosional. Belajar mengawal diri dan mampu mengawal keinginan daripada bertindak hasil dorongan perasaan dan bukannya fikiran.
Puasa bukan empangan yang menanti pecah.
Ia adalah tarbiyyah dari Allah untuk kalian proaktif, memilih tindakan hasil saringan dan bukannya bertindak mengikut rangsangan dan perasaan.
Petikan dari buku MURABBI CINTA
obat kuat pria
8 years ago
4 comments:
dah bc buku tu ke
haha..nape?nak pinjam ke?
dah beli dah r..tggl buku kedua blum beli..insyaallah 30hb ni turun kl singgah jap kat jalan TAR
singgah kl banje yunus buka pose k..
Post a Comment