Thursday, August 26, 2010

Booommmm.....

Tahun ni aku tak dapat mercun lagi. Dan aku rasa tahun ni aku tak nak beli mercun. Kalau beli pun masa bilanya nak main. Aku balik pun dah malam raya. Beli confirm tak sempat nak main. Anak buah aku ramai yang balik raya kedua. Ngan sapa aku nak main kalau aku beli.

Baik aku simpan duit beli mercun tu buat duit raya bebudak tu dari bakar hangus camtu je. Tapi malam raya jadi takde aktiviti la. Selalu malam raya mesti meriah main mercun ngan bunga api. Raya lepas aku beli bunga api KLCC. aku rasa rumah aku la paling meriah coz rumah aku je pasang bunga api tu.

Tahun ni tak tau lagi nak wat meriah camne. Aku takut raya tahun ni suram coz aku balik malam raya. Yong balik hari raya kedua. Nyah tak tau lagi, tapi dia dekat, bebila dia boleh balik. Cik balik malam raya pertama. Abang pun balik raya kedua. Kakak atas aku balik raya kedua.

Maknanya tahun ni memang takkan ada bunga api or mercun untuk malam raya. Silap2 aku pun sampai tengah malam raya tu. Kesian mak ngan ayah aku kena wat persiapan raya berdua je. Selalu ada aku tuk tolong buat semua tu. Ni kali pertama aku balik malam raya. Sebelum ni aku akan balik satu or dua hari sebelum raya. So aku ada masa untuk tolong buat persiapan.

Erm...Macam mana la raya tahun ni. Aku tak dapat bayangkan mak ngan ayah aku je yg buat semua persiapan. Anaknya balik malam raya. Mesti penat mak ngan ayah aku nanti. Mesti diaorang sedih coz takde sapa lagi masa last puasa.

Tapi camne plak ngan mak ayah yg anak dia tak balik masa raya? Mesti lagi sedih...

No comments:

Post a Comment