Wednesday, September 29, 2010

Majlis Perkahwinan Norizwan Shah & Wan Rohayu

Ahad ari tu aku menghadiri majlis perkahwinan Norizwan Shah (staf MGSB) ngan Wan Rohayu (staf imigresen putrajaya) yang berlansung kat putrajaya. Aku pegi ngan geng penyamun2 ni la cam biasa. Cuma kali ni kurang sorang penyamun. Aku tak pasti kenapa dia tak nak pegi. Berkumpul kat Wangsa Maju sebelum pegi. Rumah member. Ex-MGSB dulu. Terus pegi sana and jadi kengkawan dia yang paling awal sampai. Naksib baik ada geng satu keta sampai serentak. Kalau tak mesti bosan giler. Datang kali ni aku malas nak tangkap gambo coz aku pakai hp je, yang lain semua keluor kamera gempak2. Stok propesional punya. So aku mampu mewakilan ayat dan idea yang tercetus dari pemikiran je la untuk menggambarkan. Majlis berlansung kat dewan ape ntah (lupa plak) kat persint 9. Meriah jugak la. Persiapan 'A' clas. Bersanding atas pentas lagi. Pastu staf yang lain sempat bergambar ngan pengantin. Geng penyamun dah balik awal. Pegi melepakkan diri kat Alamanda jap. Pastu gerak balik n aku pegi rumah terbuka akak aku plak kat Kepong.

Dugaan

Aku nak keluar pegi beli hadiah wok kawin n ambik duit nak bayar sewa rumah n keta, keta tak boleh nak start plak. Bateri dia kong. Ari sabtu ari tu dah jadi dah. Tapi ahad tu dia ok. So aku bajet dah ok la. Isnin tu aku tak try start coz aku tgk meter tuk bateri tu doblas point something lagi. So maknanya ok lagi. Kuat lagi bateri tu. Alih2 semalam aku nak kuar tak boleh plak dah. Meter tu tunjuk seblas point something. Sepatutnya boleh hidup, tapi bila start trus emua padam. Macam bateri flat terus. Try bnyk kali pun sama gak. Dah la waktu malam camni. Malas aku nak jadi pomen memalam camni. Esok2 la aku layan keta ni. Time camni la dia buat hal. Dah la tengah kering. Dia nak duit plak. Minggu ni nak balik kampung. Duit lagi. Dugaan..

Friday, September 24, 2010

Koje + Keje = Penat weh....

Dua tiga hari ni memang penat skit. Bnyk nya la keje. Sana sini breakdown. Orang tgh dlm mood raya lagi ni, dia nak breakdown plak. Bagi la peluang nak menghayati raya ni lama skit. Ari rabu ari tu je dah ada 5 breakdown. Terkejo2 di buatnya. Dah la ari tu keje dua orang je. Sorang lagi cuti. Blum sempat siap yg lima tu, dah dpt call yg lain plak. Memang kaw2 dia bagi keje start rabu tu.
Semalam dok pening pikir problem kat HKL. Memula dia bagi problem lain. Lepas tu dia dapat problem lain. Settle problem 1st, dtg problem lain. Berjangkit2 plak dia. Hari ni plak tengah dok pening mikir problem kat HKL gak. Ni tak tau lagi blh sttle or tak. Harap2 dia tak buat perangai. Settle la cepat. Tak larat dah ni. Semalam nye problem, balik rasa nak demam. Hari ni nye jangan terus demam sudah. Sok aku nak g service keta ni. Minggu depan aku nak balik kampung.

Tuesday, September 21, 2010

New Life Without Internet

Aku nak mulakan hidu baru. Tanpa internet.. Mampukah aku?? Malas nak layan benda2 ni sangat dah. Boleh jadi gila aku bila dapat online. Tinggal semua benda. So aku rasa aku nak mulakan hidup baru dengan online kadang2 je. Hehe.. Klu berjaya aku ubah hidup aku ni, aku akan mulakan benda baru dalam hidup.

Thursday, September 16, 2010

Hari Malaysia

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Hari yang membuatkan aku mengadap tv dan laptop satu hari suntuk. Tak tau nak pegi mana. Laptop tahap tak tau nak buka apa dah. Nak update blog takde idea. Dah malam camni baru dapat idea nak tulis tentang Hari Malaysia ni. Kat tv tadi ada beberapa cerita yang best. Aku tengok ceritera cinta 'Pondok Ingatan Cinta'. Memula rasa cam tak bape best. Last2 layan jugak cerita dia sambil2 makan kerepek pisang.

Pastu aku layan 'Konsert Gambus' sempena hari Kuala Lumpur. Siaran ulangan je. Best pulak rasanya layan lagu2 lama camtu sambil makan ais krim. Pastu Layan kartun jap, pastu tertido. Sekejap jer. Sesudah tido aku layan laptop balik. Usha2 movie baru yang boleh di download. Takde cerita yang best. Yang terbaru ada cerita Bismillahirrahmanirrahim (2010) ngan cerita Azan (2010). Cerita tak tau lagi best or tak. Tengok ramai yang dah download. Tapi broadband nye usage dah cecah 5GB. Nanti dulu la kut.

Tuesday, September 14, 2010

1st Day Keje Lepas Cuti Raya

Hari ni hari pertama aku masuk keje lepas 4 hari cuti raya. Semalam aku sampai KL lewat. Kul 2.20 sampai, kul 3 lebih baru tido. Sempat la kemas beg, kemas barang yang dibawak balik, masukkan baju kotor dalam washer machine. Oleh kerana malam semalam dah tido lewat, aku risau pagi tadi aku tak boleh bangun awal. So aku kuatkan sikit alarm pengejut setia aku tu sikit.

Tapi pagi tadi belum alarm bunyi aku bangun dah. Bangun je trus tengok luar. "Hari yang cerah, matahari cantik baru nak terbit". Aku g mandi and lepas mandi boleh hujan lebat. Aku pening dah. Camne nak pegi keje ni. Abis la rekod aku sebagai orang tak pernah lewat masuk keje. Kalau tak lebat sangat boleh la pakai baju hujan and redah je. Ni tahap gaban.

Rahmat dipagi hari menyebabkan aku tak punch card hari ni. Aku terus gerak pegi lokasi je. Kebetulan masa dah nak gerak, bos aku call tanya kat mana. cakap on the way je la. Kang cakap kat rumah lagi, kantoi beso la aku. Rosak reputasi aku.

Dan aku sampai je site, ada breakdown. Alhamdulillah.. Memang kebetulan boleh dijadikan alasan kenapa aku terus pegi site. Tadi partner aku sampai dia kata bos tak caya aku on the way and sangkut dalam hujan. Dia kata ntah2 aku kat rumah lagi. Cisss... Bos aku ni tau2 je aku tipu. Nasib baik breakdown tu membuatkan alasan aku dah on the way tu kuat sikit.

Pagi settlekan breakdown, tengahari check and buat report apa yang patut. Petang dah tak tau nak buat apa. Budak tabung haji pun keje sorang gak hari ni. Dia pun bosan jugak. Partner aku dah lama mem'blah'kan dirinya entah kemana. Menjadi je hasutan setan tuk pegi keluar merayap jap. Balik merayap main dart sampai waktu balik.

Dan sesampai dirumah, basuh semua baju dalam washer machine, kemas bilik yang dah lama ditinggalkan ni, plus2 apa yang patut dibuat lagi. Dan mula menaip tuk rekod 'tentang aku'.

Balik KL

Malam raya keempat lepas selesai semua majlis kat rumah sedara aku tu, aku pun bertolak balik ke KL untuk menjalankan tugas sebagai seorang pekerja yang berdedikasi. Nak jadi pekerja cemerlang. Aku bertolak bersama2 sorang anak buah aku. Dari rumah sedara aku lebih kurang pukul 12.20 malam. Petang tu aku dah isi minyak siap2 masa pegi cari barang kat Giant Teluk Intan, tuk buat sarapan ahli keluarga yang belum balik esoknya. So malam tu aku boleh shoot terus je. Tak yah nak singgah mana2 dah.

Tu semua perancangan awal la. Tapi baru drive 15 minit, dah rasa haus pulak. Air tak bawak. Dah terbiasa beli je kat petrol pam. Renti jap kat Sheel Teluk Intan, beli air, terus gerak. Plan malam tu memang nak ikut Highway coz bajet mesti tak ramai orang dah. Mesti ramai dah balik ari ahad tu. Sangkaan aku salah. Baru nak sampai pekan bidor, kereta dah berderet. Aku dah 'semak'. "Tengah malam pun ramai orang lagi? Tak reti nak tido ke diaorang ni? balik la semalam ke, pagi esok ke". Nak ikut jalan lama, kang gelap sangat pulak. Masuk highway jugak la.

Start dari Bidor, kereta banyak. Semua slow je. Tapi lepas je hentian Tanjung Malim, dah start boleh laju. Siap dah ada yang berdesup peginya. Mungkin ramai yang renti rehat+tido kut. Aku memula best je nyembang ngan anak buah aku, bila dia start je tido, aku layan lagu pulak. Bila dah lama layan lagu, rasa cam nak layan jalan pulak.

Aku tak pasti dari mana aku start bawak laju. Pantang tempat tu gelap je, aku tekan je padel tu. Kalau tempat terang tu kang takut ada speed trap. Lepas hentian Sungai Buloh aku tak bawak laju dah. Kat situ tempatnya terang. Selalu ada speed trap. Sangkaan aku memang tepat, betul, lagi jitu. Tapi masa tu aku tengah bawak lebih kurang 100km/j. Aku tak perasan keta aku terlebih had laju. Keta kuat dan laju. tekan sikit pun pegi laju. Tak tau la kena or tak. Harap2 tak kena.

Aku sampai KL lebih kurang pukul 2.35 pagi. "Uiksss.... Cepat plak sampai. Ni kes laju tadi la. Adusss... Takkan nak call kampung skrang cakap dah sampai. Tak sampai tiga jam lagi. So aku wat apa yang patut dulu, tunggu lebih kurang jadi tiga jam. baru call bagitau dah sampai. Kalau bagi tau awal, kena bebel ngan kakak2 aku. Mau menanah telinga.

Pape pun, Alhamdulillah aku selamat balik kampung and balik KL. Raya tahun ni walaupun sekejap je aku cuti, rasa cam tak puas, tapi aku bersyukur masih dapat bersama keluarga.

Alhamdulillah....

Raya Keempat + Selamat Pengantin Baru Ijam & Nita

Hari raya keempat ni aku sibuk sikit. Pagi aku kena pegi ambik barang kat Teluk Intan. Ada barang pemberian maxis yang aku kena pegi ambik kat courier. Dia tak ada service tuk kawasan kampung aku. So ambik sendiri la. Apa boleh buat. Kampung aku jauh dalam sikit. Dari Teluk Intan aku terus pegi rumah sedara aku tu. Sampai2 sana pengantin perempuan dah sampai. Amboiii... Awalnya or aku yang lewat. Pukul 12.00 dah ada kat situ. Bas rombongan dari Johor pun ada dah. Erm... Bagus perancangan diaorang ni. Semua benda jadi awal.

Lepas usha2 apa yang patut, aku ambik tempat dan terus makan sebelum memulakan tugas sebagai salah seorang ahli gotong-royong. Panas terik gak rasanya sampai tempat bebudak bersilat pulut atas jalan tu kena jirus air sikit la. Panas sangat kata 'deme'. Tempat aku sepatutnya kat belakang.


Bahagian basuh pinggan. Tapi aku malas nak main air, aku ambik keje lain. Jaga hidangan buffet and air. Kalau kureng, tambahkan. Kalau banyak lagi, buat tak tau je. Sambil tu jaga bersihkan tempat makan. Jarang dah orang nak buat gotong-royong camni. Tapi best camni kalau ramai yang tolong. Kalau tak ramai yang tolong, mau 'melepek' tuan rumah buat sendiri.

Siang tu sepatutnya aku jadi pengapit. Permintaan daripada pengantin lelaki. Tapi aku ni pemalu dan kebetulan aku ada nak ambik barang tu, So terselamat dan terlepaslah dari menjadi pengapit tu.


Sebelah malam nya pulak, lepas majlis naik buaiyan, ada majlis bersanding. Boleh diaorang panggil aku jadi pengapit tuk malam pulak. Dah la aku pakai baju T-shirt je. Rupanya memang semua dah pakat nak kenakan aku. Makcik, pakcik, kakak, abang, semua2 la sama je. Ambik berkat katanya.


Ni la pengantin dua orang tu. Dah kawin perangai tak berubah.


Ingat lepas tu abis dah. Rupanya ada lagi agenda diaorang. Aku kena jadi pengerusi majlis tuk majlis buka hadiah pulak. Alasan aku sakit tekak, tak boleh cakap kuat2 tak diterima. Alasan nak balik KL dah sok nak keje juga tak diterima. Kena settlekan majlis dulu baru dibenarkan balik. Memang terkena aku malam tu.

Semua kekejaman itu hanyalah kerana aku sorang je lagi yang sewaktu dengannya belum berumah tangga. Segala2 majlis aku kena ada dan disuruh ambik berkat. "Takde maknanya" (dalam hati)...

Raya Ketiga

Raya ketiga planning smua jadi. Walaupun dah agak terlambat, raya 30 ari, apa nak takut. Plan memula, pegi rumah sedara kat 'Baruh'. Kampung tempat asal ayah aku. Sebelah Kampung Pasir Salah. Tau2 je la kalau yang datang ramai bebudak. Kecoh abis.


Penuh rumah dia ngan family aku. Ni baru tiga biji keta. Lagi dua belum sampai kampung. Kalau sampai semua, confirm cam kenduri. Campur plak ngan anak2 sedara aku ni. Kenduri tak yah ajak orang kampung. Anak dia je dah ada 14 orang, cucu dia lagi. tak penuh satu rumah.


Ni gambo aku ngan anak buah aku kat depan rumah sedara aku tu. Tetiba plak aku tangkap gambo ni. Comel cam pak sedara dia gak kan. Beso sok hensem cam pak sedara dia gak.


Ni keta kesayangan aku. Kemana je aku pergi, dia mesti ada. takkan aku tinggalkan kecuali pergi tempat yang jalan dia teruk or yang boleh menggugat keterampilannya.


Ni plak masa kat rumah sedara aku yang lagi satu. Yang ni kat kampung lain. 'Belia' nama tempat ni. Gambo ni je ada, yang lain dah terpadam kut. Dalam gambo nampak orang sikit je. Yang selebihnya belakang aku. Penuh gak rumah dia coz bertembung dua rombongan datang serentak. Kat rumah sedara aku ni la keta aku terlanggar bunga dalam pasu masa aku nak alih keta. Nasib baik tak pecah pasu bunga tu. And nasib baik keta aku tak calar. Kalau tak aku kerat doblas bunga nagn pasu2 dia. Sapa suruh dia dok belakang keta aku masa aku reverse. Cuba pegi main tempat lain jap masa aku reverse tu.

Dan petang raya ketiga tu sorang lagi akak aku and abang aku sampai kampung. So cukuplah semua anak Muhammad dan Maimun.

Raya Kedua

Hari raya kedua aku jadi penat skit. Tak pegi raya kemana pun. Cuma tolong sedara yang nak wat kenduri kawin anak dia (sepupu) pada 4 raya. Aku sampai rumah dia dalam pukul 10 pagi. Ari tu ada 'ngantung' kata orang perak. Kat tempat lain aku tak tau panggil apa. Kira menghias rumah, wat pelamin and persiapan tuk kenduri la.

Aku ambik kerja2 merebus telur tuk wat bunga telur dan yang sewaktu dengannya. Panas plak ari tu. Silap plak kerja yang aku pilih ni. Mengadap api dari pagi sampai ke tengahari yang sememangnya panas tu. Minum air bergelas2. Tersejat rasa semua air dalam badan.


Ni ada satu gambo masa tengah wat keje tu. Gambo lain tak sempat nak ambik. Sibuk wat keje and kodak HP abis. Gambo mak aku and anak buah aku. Masa ni tengah masukkan balik telur yang dah masak tu dalam sangkar telur. Nak bawak masuk dalam. Malam kang nak bungkus wat bunga telur plak. Dah la ari panas, api masak pun panas, telur dah masak pun panas. Nasib baik ati tak panas. Kalau tak pecah semua telur tu.

Petang lepas balik dari rumah sedara, aku ambik kesempatan basuh keta jap. Aku tengok kotor sangat keta aku tu. Kesian dia raya2 ni tak dimandikan. Lepas basuh, perghhh... Kilat cam cermin. Jangan jeles. Pastu abang ipar aku suh betulkan radio keta dia pulak. Masa tu akak aku yang sulong sampai ngan askar2 dia.


Dah nak malam aku ambik masa sikit betulkan tenggiling bertayar kesayangan aku tu jap. Ada skit yang tak kena.

Malam tu plan nak pegi rumah Pak Cik belah ayah aku. Tapi tak jadi plak coz dia takde kat rumah and smua dah penat tolong wat keje rumah sedara aku tu. So aku yang tak tau nak penat ni membuat aktiviti sendiri, goreng ayam ala2 KFC. Abis dapur aku selongkar. Cari ayam dalam peti ais, cari tepung goreng ayam, cari telur and bekas2 yang patut. Huhu.. Bukan senang nak tengok aku masak. Satu ekor setengah licin camtu je.

Raya Pertama

Malam raya aku tido lewat. Tolong apa yang patut tuk raya sok. Tapi hampir smua keje kat rumah akak aku dah settlekan. Dia sampai awal, kena la buat. Malam tu sebelum tido aku dah iron baju siap2. Aku tak nak jadi cam raya tahun lepas. Kelam kabut nak iron pagi raya.

So pagi raya cam biasa bangun awal, mandi smua, siap2 kan apa yang patut, pastu g sembahyang raya. Cam biasa keta aku akan jadi mangsa tuk kekanak2 tu. Memang akan berebut nye naik keta aku. Apa yang diaorang suka sangat aku pun tak tau. Meriah gak kat masjid tu. Penuh satu masjid sampai saft paling belakang.

Lepas sembahyang raya, dok je tak sampai setengah jam, dah ada orang datang. Nama aku nak melayan orang yang datang, memang tak dapat. Bab nak layan orang ni aku kureng sikit. Tak pandai nak nyembang. So aku ambik bahagian mengidang and wat apa yang patut kat dapur je. Lepas sembahyang jumaat pun camtu gak. Masih ada orang datang. Malam baru free. So aku ambik kesempatan g rumah family angkat aku. Tak jauh mana pun.

Balik Kampung

Ni cerita tentang aku masa nak balik kampung raya ari tu. Banyak benda yang aku nak tulis. Tapi kat kampung aku takde coverage tuk broadband. So aku dah balik KL ni la baru aku dapat tulis smua yang nak ditulis.

Aku balik petang last posa. Posa yang ke-30 la! Lambat sangat nak paham! Aku bawak slow je ikut peraturan jalan raya yang telah ditetapkan. Pemandu berhemah la katakan. Kaki ni memang la ada rasa gatal2 and sengal2 nak menekan pedal ni sampai abis. Nak cepat sampai. Tak sabo nak jumpa family kat kampung. Tapi takut kang sampai tempat lain plak. So aku sabo2 kan diri ini.

Aku malas nak tunggu lepas buka coz kalau lepas buka takut jalan dah start jem. Kali ni aku ambik keputusan tuk balik ikut jalan lama je. Dari KL masuk Rawang, Tanjung Malim, Bidor, Langkap, Chenderong Balai, Kampung Gajah and sampai kampung aku yang aman sejahtera tu. Aku berenti buka kat Rawang. Drive slow sambil layan lagu raya, syok jugak. Sampai tak sedar dah nak buka. Renti kat Shell, beli yang patut2 je tuk buka, makan dan minum sambil drive.

Lepas je Tanjung Malim, makin banyak pulak keta. Kena bawak lagi slow dari yang dah memang slow. Ada lori tak boleh nak potong coz keta dah beratur smua. Ikut kan je la. Aku sampai rumah dalam pukul 10.45 malam. Masa sampai cuma ada family akak aku yang ke-3 tu je ngan mak n ayah aku. Aduss... cam tak meriah je.. Camne nih...

Thursday, September 9, 2010

Malam Ramadan Terakhir @ KL

Malam ni adalah malam last aku berada kat KL dalam bulan Ramadan ni. Sok malam tak tau lagi aku kat mana. Mungkin dah sampai kampung. Mungkin dalam keta - jem, mungkin dalam keta - ngantuk and tido coz penat sok keje sorang. Or mungkin gak kat mana2 je la. Tapi yang pasti bukan kat KL dah. Tadi aku dah g jumpa bebudak mana yang patut tuk ucap Selamat Hari Raya and pape je ucapan yang patut diluahkan.

Rasa lain macam plak coz biasanya masa ni aku dah ada kat kampung. Tengoh tolong mak aku wat apa yang patut expecially kemas rumah la. Sebab aku memang akan jadi orang pertama yang sampai kampung. Tapi tu semua tuk tahun2 yang lepas la. Tahun ni, tadi aku call mak aku, dia kata tengah kemas dapur, baru lepas buat kuih bahulu. Pastu dengar suara ayah aku tanya bila nak sampai kampung. Aku cakap kat mak aku balik malam raya. Mak aku cakap sapa nak tolong dia wat lemang, ketupat and semua yang patut dibuat last day tu. Adusss.... Sayu plak rasanya bila dah ditanya camtu. Bukan aku tak nak balik awal, tapi dah tak dapat cuti.

Ni kali pertama aku balik malam raya and cuti paling pendek dalam sejarah hidup aku. Biasanya mesti seminggu or lebih. So tadi jugak aku ambik kesempatan tuk cari barang apa yang patut kat Giant tuk dibawak balik. Aku tak nak nanti nak tercari2 kat kampung. Kedai confirm semua tutup. Susah betul nak agak apa yang patut dibeli. Biasa dah ada kat kampung, just check ngan mak aku, wat list and pegi Teluk Intan beli. So barang tu semua dah ada dalam keta, sok balik keje terus gerak. Malas nak lengah2. Sampai awal boleh tolong mak aku wat apa yang tak siap lagi.

Harap2 esok tak jem la jalan time tu. Harap2 la coz orang mesti gerak lepas berbuka kan. Aku berbuka dalam keta je la. Tak sabar nak jumpa mak ngan ayah aku ni. Last aku jumpa diaorang masa awal puasa ari tu. Rindu sesangat plak rasanya.

So kepada yang membaca,

***SeLaMaT HaRi RaYa aiDiLFiTRi, MoHoN Maaf TuK SeGaLa SaLaH SiLaP, KuRaNG LeBiH,***

semua2 la senang cakap, atau dengan bahasa lainnya,

***KoSoNG - KoSoNG***

***SeLaMaT HaRi RaYa aiDiLFiTRi !!!!!!!!!!***

Tuesday, September 7, 2010

Berbuka Posa As New Staf

Pepagi tadi tengah berkumpul kat opis, aku nye 'cip' tnya nak join tak pegi buka posa ari ni. Aku yang baru dalam syarikat ni rasa cam malu la plak nak join. Tapi biasanya benda beraktiviti ni jarang aku tolak. So aku setuju kan je. Pastu baru dia tanya kat senior aku yang lain. Diaorang semua tak nak pegi. Aku dah rasa serba salah plak. Nape dia orang semua tak nak pegi. Ada yang tak kena ke? Ati aku mula rasa tak sedap.

So dari pagi aku keje dalam keadaan tak sedap ati campur takut2. Dapat plak hari ni ada breakdown kat UKM, 'bergulung' (masalah beso ambik masa nak settle) gak la (wat kata senior). Nak sampai ke petang aku wat benda tu. Ati tak senang, tu yang wat benda tu nampak cam lagi susah. Kalau fikiran waras, aku rasa kejap je siap. Ni otak ada satu pikir dekat sepuluh benda. Pikir keje yang kat nombor sepuluh tu. Camana nak siap.

Dijanjikan berkumpul kat Vistana Hotel kul 7.00 petang. Rumah aku tak jauh mana pun dari tempat tu. Aku kuar dari rumah pukul 6.45. Sampai sana tepat pukul 7.00 macam dijanjikan. Aku call aku nye 'cip' tak dapat. Pulak dah... Ni ke sebab bebudak tu semua tak nak pegi. Dia ni suka 'kencing' orang ke? Jangan wat hal. Aku kat sini dah ni. Tetiba ada sorang senior sampai. Fuhhh... Memang betul ada la ni. Pastu aku nye 'cip' yang sorang lagi cal. "Kat mana? Satu kampung tunggu ko sorang ni. Cepat sikit. Kat tingkat 3". "Ok, jap lagi saya sampai". Benda betul. Tak kena kencing.

Aku tunggu senior tu kunci motor dia, pasti trus naik tingkat tiga. Punya la ramai orang. Boleh tahan meriah. Sampai kat meja, "aduss,,, bos beso pun ada jugak ke? Kena cover la camni". Aku sampai atas, semua orang dah start makan. Aku tertinggal dekat seminit. Aku tegur bos and yang lain2, terus chow ambik makanan. Makan free... Makan sampai kenyang tahap 'buntat' la. Semua sama je aku tengok termasuklah aku nye 'cip'. Bos je yang cover2.

Pastu bila dah 'buntat' semua ilang g isap rokok. Aku yang tak layan benda berasap tu tak tau nak g mana, kena dok dengan 'cip' and bos. Tetiba bos nak kenalan ngan aku plak. Macam2 dia tanya. Last dia tanya aku dah confirm ke belum. Aku cakap baru sebulan lebih. Dalam hati, Bos nak bagi confirm cepat pun ok. Sembang2, gelak2, bangun ambik makanan tiga empat kali dah, ambik air jangan cakap, tak larat dah waiter tu nak angkat pinggan ngan gelas. Meja orang lain tak penuh camtu.

Last2 bos belah. Time tu semua bertukar menjadi bentuk asal. Rasakse, otromen, power rangers, Hang tuah, semua perangai ada. Time tu pulak waiter tu suruh isi borang kepuasan pelanggan. Memang silap beso la. Penuh borang kena complain. Tak rugi aku luangkan masa tuk join. Sekurang2 nya aku bleh kenal bebudak ni lebih dekat and diaorang kenal aku. Pape aku nak mintak tolong sok senang. Al maklumlah aku ni budak baru.

Baru sampai - lapo


Buffet - Ada yang kat dalam, kat tepi kolam pun ada gak



Makan... makan... makan...




Dah kenyang, jom balik


*Masa ambik gambo kat meja, ramai dah balik coz malas nak ambik gambo depan bos.

Hari Keje - Otak Pikir Raya

Ini alkisah semalam. Cam biasa, time keje banyak ngulat dari buat keje. Tapi ngulat tu bukan makna malas buat keje. Dah namanya standby, so memang banyak ngulat la. Takkan nak purak2 buat keje kan3???

Pagi cam biasa aku akan ke opis untuk settle kan apa yang patut dulu. Lepas tu terus pegi lokasi tempat aku kena standby. Sampai je sana trus cari paper. Ada tajuk best nak baca (Ferrari tarik balik kereta yang telah dipasarkan). Abis baca paper layan bebudak ni main dart. Bukan tangan ahli sukan, menang tu kira nasib je. Gaya macam profesional. Gaya je la..



Lepas tengah ari dah tak tau nak buat apa. Dari pagi memang tak putus2 lagu raya. Ada je tangan gatal yang nak pasang lagu raya. Konon nak manaikkan suasana raya. Siap suruh aku potong lagu buat ring tone. Ingat aku keje wat production ke hape. Pastu dah bosan tahap gaban punya pasal, mula la ada idea jahat datang. Pegi "Cambel" cari kasut. Haha... Orang kata yang jahat ni biasanya jadi je. Dan memang jadi je plan tu. Tanpa membuang masa. Zasss... sekelip mata terus ada kat sana.

Tengah sedap mengusha kasut+aweks kat sana, dapat call breakdown. Adusss... Baru sampai. Kelam kelibut pegi lokasi. Nasib baik tak kantoi. Memang tuhan bayar cash bila wat jahat sekarang ni. Tambah2 pulak bulan posa ni. Ngulat sikit luar kawasan je, trus kena panggil balik. Tu belum wat jahat lebih2 lagi tu.

Kejenya tak lama mana pun, tapi 'Dia' turunkan rahmat yang mencurah2 tak bagi pegi merayap dah. Jaga yang di amanah tu sampai waktu balik. Alhamdulillah waktu balik hujan dah reda. Kalau tak,,,, padan muka aku ngan senior aku kena balik dalam hujan or buka kat situ.

Sunday, September 5, 2010

Satu Hari Di Hari Ahad

Semalam (malam minggu) aku melepakkan diri kat bengkel jap coz ada member nak sevice keta and tukar timing belt. Lepas abis dia punya service keta, aku service keta aku plak. Then aku pegi merayap jap cari barang keperluan aku yang dah nak abis. Aku juz cuci tangan, bagi nampak ok skit, and trus g giant. Masa kat sana ada gak orang tengok2 kat aku coz dengan pakai selipar, seluar aku lipat cam orang kat tempat banjir, and badan ada bau minyak sikit. Baru lepas buat keje la katakan. Rasa malas nak balik rumah and tukar baju. Yang aku pakai tu pun bukan ada kena minyak or something.

Lepas settle beli barang, aku rasa cam dah lama plak aku tak merayap kat KL ni. So aku ambik keputusan untuk pusing dalam KL jap. Dari Batu Caves, aku trus g Dataran Merdeka, masuk balik Chow Kit, Jalan Pudu, Bukit Bintang and trus balik. Kat Chow Kit, Jalan TAR, Bukit Bintang boleh tahan gak jem nya. Orang ramai cam 'ulat' beli belah kat sana. Aku tengok memang happening gila. Kat dataran macam biasa cuma ada bebudak keta ngan motor melepak.

Aku rasa dah lama aku tak merayap camni. Dok dalam keta, layan lagu yang aku suka, then drive pusing2 mengabiskan minyak keta aku. Lepas tu aku tak tau nak g mana dah. Jam pun aku tengok pukul 12 lebih dah. So aku terus gerak balik rumah je. Sampai rumah aku rasa cam puas walaupun aku cuma merayap dalam KL je. Mungkin sebab dah lama tak keluar camtu. Skrang aku tengah pikir, bila nak pegi jeram or tempat2 yang menarik lagi.

Saturday, September 4, 2010

Keje Yang Macam Takde Keje

Ni la keje aku hari sabtu ni. Peluang tuk curi tulang memang banyak. Pagi2 lagi dah ada orang cal nak ambik barang yang aku ambik kat PJ semalam. So aku g bangunan Tabung Haji, tunggu dia kat situ tuk bagi barang tu. Lepas bagi kat dia ada cal breakdown plak kat HKL. So runner g sana tuk betulkan. Tekan sana, tekan sini, smua dah ok, ada plak idea ajak g jalan TAR. So tanpa buang masa trus g 'mengjengjalankan' diri ke jalan TAR yang memang jalan dia buat dari "tar" tu. Bukan ada nak beli apa pun. Saja nak menambahkan sesak kat jalan TAR tu. Pusing punya pusing, takde yang menarik. Aweks yang ada kat sana jugak yang menarik. Masa menaip ni sepatutnya dah balik. tapi dah dapat internet laju lagi free, trus lupa nak balik. So membuangkan masa tuk check dulu email ngan apa yang putut termasuk 'mengomen' orang nye blog. So hari ni la hari untuk mengacau orang, menyibukkan diri dan mengomen hak orang lain.. Hahaha... Kalau ada yang marah kang, padan muka aku..

Wednesday, September 1, 2010

Berbuka Puasa Bersama Persatuan Penyamun



20 Ramadan 1413 Hijrah bersamaan 30 ogos 2010 yang lalu, persatuan penyamun telah membuat majlis berbuka puasa di Menara Tabung Haji, Kuala Lumpur. Semua ahli2 penyamun telah menghadirkan diri termasuk dua tetamu. Kedua2 tetamu tu tak tau la nak join jadi ahli penyamun or dah join. Yang pasti perangai memang dah macam ahli penyamun jugak.



Ni la gambo yang diambik masa sebelum berbuka tu. Satu lagi penyamun gambo dia kat belakang camera. Camera boleh snap depan je, orang belakang camera tak masuk dalam gombo ni. Nak kata meriah sangat tu tak la. Maklumlah, semua orang dah penat puasa.

Tapi kebetulan masa hari kami berbuka ni ada majlis berbuka tuk anak2 yatim dari Rumah Anak Yatim Darul Kifayah, Jalan Ipoh. Semua yang datang tu dikatakan budak tingkatan 3 sahaja. Ramai juga la. Ada dalam 40 orang kut. Aku tak sempat nak kira coz asik terkira yang comel2 je. Bila try kira balik nampak budak yang comel2 tu jugak. Last2 aku malas nak kira dah.

Masa berbuka tu ada sikit ceramah, so rasa terusik jugak la bila ustaz tu cerita pasal anak yatim ni. Kira bertuah sangat aku ni ada lagi mak & ayah. Diaorang tak merasa kasih sayang mak ayah. Ada yang tak sempat lansung nak jumpa mak ayah. Bila ustaz tu cerita plak pasal pagi raya boleh bermaafan dengan mak ayah, aku tengok ada bebudak ni yang nampak dah nak menangis. Memang terusik la jiwa dan perasaan ni.

Tapi penyamun tetap penyamun, semua perasaan tu sekejap je. Bila dah mula berbuka, penyamun start bergurau senda, semua perasaan tu hilang. Tapi bebudak tu pun aku tengok dah start happy. Makanan biasa je. Yang paling diaorang suka kambing bakar. Apa yang best aku pun tak tau. Bila ditanya, bebudak ni kata sebab kambing mahal. Tak sangkut paut langsung harga ngan rasa. Aku yang tak makan kambing ni rasa sepotong and tengok je la bebudak ni melantak.

Yang paling best pada aku, Tabung Haji bagi start berbuka ngan buah kurma dan air zam2. Mana nak cari beb berbuka ngan air zam2. Makanan yang best dia punya ayam, air ngan buah. Bercawan2 dan berpinggan2 sampai balik. Tak renti2 ambik. Tau2 perut dah sendat je. Nak bangun g balik pun rasa dah malas.

Tapi memang pengalaman best la tahun ni, berbuka ngan perasaan anak yatim. Pastu berbuka makan kurma ngan air zam2. Rasa macam kat Mekah plak. Persatuan penyamun bersurai lebih kurang pukul 9.40 malam.