Hari raya keempat ni aku sibuk sikit. Pagi aku kena pegi ambik barang kat Teluk Intan. Ada barang pemberian maxis yang aku kena pegi ambik kat courier. Dia tak ada service tuk kawasan kampung aku. So ambik sendiri la. Apa boleh buat. Kampung aku jauh dalam sikit. Dari Teluk Intan aku terus pegi rumah sedara aku tu. Sampai2 sana pengantin perempuan dah sampai. Amboiii... Awalnya or aku yang lewat. Pukul 12.00 dah ada kat situ. Bas rombongan dari Johor pun ada dah. Erm... Bagus perancangan diaorang ni. Semua benda jadi awal.
Lepas usha2 apa yang patut, aku ambik tempat dan terus makan sebelum memulakan tugas sebagai salah seorang ahli gotong-royong. Panas terik gak rasanya sampai tempat bebudak bersilat pulut atas jalan tu kena jirus air sikit la. Panas sangat kata 'deme'. Tempat aku sepatutnya kat belakang.
Bahagian basuh pinggan. Tapi aku malas nak main air, aku ambik keje lain. Jaga hidangan buffet and air. Kalau kureng, tambahkan. Kalau banyak lagi, buat tak tau je. Sambil tu jaga bersihkan tempat makan. Jarang dah orang nak buat gotong-royong camni. Tapi best camni kalau ramai yang tolong. Kalau tak ramai yang tolong, mau 'melepek' tuan rumah buat sendiri.
Siang tu sepatutnya aku jadi pengapit. Permintaan daripada pengantin lelaki. Tapi aku ni pemalu dan kebetulan aku ada nak ambik barang tu, So terselamat dan terlepaslah dari menjadi pengapit tu.
Sebelah malam nya pulak, lepas majlis naik buaiyan, ada majlis bersanding. Boleh diaorang panggil aku jadi pengapit tuk malam pulak. Dah la aku pakai baju T-shirt je. Rupanya memang semua dah pakat nak kenakan aku. Makcik, pakcik, kakak, abang, semua2 la sama je. Ambik berkat katanya.
Ni la pengantin dua orang tu. Dah kawin perangai tak berubah.
Ingat lepas tu abis dah. Rupanya ada lagi agenda diaorang. Aku kena jadi pengerusi majlis tuk majlis buka hadiah pulak. Alasan aku sakit tekak, tak boleh cakap kuat2 tak diterima. Alasan nak balik KL dah sok nak keje juga tak diterima. Kena settlekan majlis dulu baru dibenarkan balik. Memang terkena aku malam tu.
Semua kekejaman itu hanyalah kerana aku sorang je lagi yang sewaktu dengannya belum berumah tangga. Segala2 majlis aku kena ada dan disuruh ambik berkat. "Takde maknanya" (dalam hati)...
obat kuat pria
8 years ago
2 comments:
ada lg satu....kena mandi bunga sekali...
Amboi3... sedap nye mulut tu. Mentang2 dia dah nak lepas.
Post a Comment