Hari ni hari pertama aku masuk keje lepas 4 hari cuti raya. Semalam aku sampai KL lewat. Kul 2.20 sampai, kul 3 lebih baru tido. Sempat la kemas beg, kemas barang yang dibawak balik, masukkan baju kotor dalam washer machine. Oleh kerana malam semalam dah tido lewat, aku risau pagi tadi aku tak boleh bangun awal. So aku kuatkan sikit alarm pengejut setia aku tu sikit.
Tapi pagi tadi belum alarm bunyi aku bangun dah. Bangun je trus tengok luar. "Hari yang cerah, matahari cantik baru nak terbit". Aku g mandi and lepas mandi boleh hujan lebat. Aku pening dah. Camne nak pegi keje ni. Abis la rekod aku sebagai orang tak pernah lewat masuk keje. Kalau tak lebat sangat boleh la pakai baju hujan and redah je. Ni tahap gaban.
Rahmat dipagi hari menyebabkan aku tak punch card hari ni. Aku terus gerak pegi lokasi je. Kebetulan masa dah nak gerak, bos aku call tanya kat mana. cakap on the way je la. Kang cakap kat rumah lagi, kantoi beso la aku. Rosak reputasi aku.
Dan aku sampai je site, ada breakdown. Alhamdulillah.. Memang kebetulan boleh dijadikan alasan kenapa aku terus pegi site. Tadi partner aku sampai dia kata bos tak caya aku on the way and sangkut dalam hujan. Dia kata ntah2 aku kat rumah lagi. Cisss... Bos aku ni tau2 je aku tipu. Nasib baik breakdown tu membuatkan alasan aku dah on the way tu kuat sikit.
Pagi settlekan breakdown, tengahari check and buat report apa yang patut. Petang dah tak tau nak buat apa. Budak tabung haji pun keje sorang gak hari ni. Dia pun bosan jugak. Partner aku dah lama mem'blah'kan dirinya entah kemana. Menjadi je hasutan setan tuk pegi keluar merayap jap. Balik merayap main dart sampai waktu balik.
Dan sesampai dirumah, basuh semua baju dalam washer machine, kemas bilik yang dah lama ditinggalkan ni, plus2 apa yang patut dibuat lagi. Dan mula menaip tuk rekod 'tentang aku'.
obat kuat pria
8 years ago
No comments:
Post a Comment