Hari raya kedua aku jadi penat skit. Tak pegi raya kemana pun. Cuma tolong sedara yang nak wat kenduri kawin anak dia (sepupu) pada 4 raya. Aku sampai rumah dia dalam pukul 10 pagi. Ari tu ada 'ngantung' kata orang perak. Kat tempat lain aku tak tau panggil apa. Kira menghias rumah, wat pelamin and persiapan tuk kenduri la.
Aku ambik kerja2 merebus telur tuk wat bunga telur dan yang sewaktu dengannya. Panas plak ari tu. Silap plak kerja yang aku pilih ni. Mengadap api dari pagi sampai ke tengahari yang sememangnya panas tu. Minum air bergelas2. Tersejat rasa semua air dalam badan.
Ni ada satu gambo masa tengah wat keje tu. Gambo lain tak sempat nak ambik. Sibuk wat keje and kodak HP abis. Gambo mak aku and anak buah aku. Masa ni tengah masukkan balik telur yang dah masak tu dalam sangkar telur. Nak bawak masuk dalam. Malam kang nak bungkus wat bunga telur plak. Dah la ari panas, api masak pun panas, telur dah masak pun panas. Nasib baik ati tak panas. Kalau tak pecah semua telur tu.
Petang lepas balik dari rumah sedara, aku ambik kesempatan basuh keta jap. Aku tengok kotor sangat keta aku tu. Kesian dia raya2 ni tak dimandikan. Lepas basuh, perghhh... Kilat cam cermin. Jangan jeles. Pastu abang ipar aku suh betulkan radio keta dia pulak. Masa tu akak aku yang sulong sampai ngan askar2 dia.
Dah nak malam aku ambik masa sikit betulkan tenggiling bertayar kesayangan aku tu jap. Ada skit yang tak kena.
Malam tu plan nak pegi rumah Pak Cik belah ayah aku. Tapi tak jadi plak coz dia takde kat rumah and smua dah penat tolong wat keje rumah sedara aku tu. So aku yang tak tau nak penat ni membuat aktiviti sendiri, goreng ayam ala2 KFC. Abis dapur aku selongkar. Cari ayam dalam peti ais, cari tepung goreng ayam, cari telur and bekas2 yang patut. Huhu.. Bukan senang nak tengok aku masak. Satu ekor setengah licin camtu je.
obat kuat pria
8 years ago
No comments:
Post a Comment