Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
Hari yang membuatkan aku mengadap tv dan laptop satu hari suntuk. Tak tau nak pegi mana. Laptop tahap tak tau nak buka apa dah. Nak update blog takde idea. Dah malam camni baru dapat idea nak tulis tentang Hari Malaysia ni. Kat tv tadi ada beberapa cerita yang best. Aku tengok ceritera cinta 'Pondok Ingatan Cinta'. Memula rasa cam tak bape best. Last2 layan jugak cerita dia sambil2 makan kerepek pisang.
Pastu aku layan 'Konsert Gambus' sempena hari Kuala Lumpur. Siaran ulangan je. Best pulak rasanya layan lagu2 lama camtu sambil makan ais krim. Pastu Layan kartun jap, pastu tertido. Sekejap jer. Sesudah tido aku layan laptop balik. Usha2 movie baru yang boleh di download. Takde cerita yang best. Yang terbaru ada cerita Bismillahirrahmanirrahim (2010) ngan cerita Azan (2010). Cerita tak tau lagi best or tak. Tengok ramai yang dah download. Tapi broadband nye usage dah cecah 5GB. Nanti dulu la kut.
obat kuat pria
8 years ago
No comments:
Post a Comment