Tuesday, September 7, 2010

Berbuka Posa As New Staf

Pepagi tadi tengah berkumpul kat opis, aku nye 'cip' tnya nak join tak pegi buka posa ari ni. Aku yang baru dalam syarikat ni rasa cam malu la plak nak join. Tapi biasanya benda beraktiviti ni jarang aku tolak. So aku setuju kan je. Pastu baru dia tanya kat senior aku yang lain. Diaorang semua tak nak pegi. Aku dah rasa serba salah plak. Nape dia orang semua tak nak pegi. Ada yang tak kena ke? Ati aku mula rasa tak sedap.

So dari pagi aku keje dalam keadaan tak sedap ati campur takut2. Dapat plak hari ni ada breakdown kat UKM, 'bergulung' (masalah beso ambik masa nak settle) gak la (wat kata senior). Nak sampai ke petang aku wat benda tu. Ati tak senang, tu yang wat benda tu nampak cam lagi susah. Kalau fikiran waras, aku rasa kejap je siap. Ni otak ada satu pikir dekat sepuluh benda. Pikir keje yang kat nombor sepuluh tu. Camana nak siap.

Dijanjikan berkumpul kat Vistana Hotel kul 7.00 petang. Rumah aku tak jauh mana pun dari tempat tu. Aku kuar dari rumah pukul 6.45. Sampai sana tepat pukul 7.00 macam dijanjikan. Aku call aku nye 'cip' tak dapat. Pulak dah... Ni ke sebab bebudak tu semua tak nak pegi. Dia ni suka 'kencing' orang ke? Jangan wat hal. Aku kat sini dah ni. Tetiba ada sorang senior sampai. Fuhhh... Memang betul ada la ni. Pastu aku nye 'cip' yang sorang lagi cal. "Kat mana? Satu kampung tunggu ko sorang ni. Cepat sikit. Kat tingkat 3". "Ok, jap lagi saya sampai". Benda betul. Tak kena kencing.

Aku tunggu senior tu kunci motor dia, pasti trus naik tingkat tiga. Punya la ramai orang. Boleh tahan meriah. Sampai kat meja, "aduss,,, bos beso pun ada jugak ke? Kena cover la camni". Aku sampai atas, semua orang dah start makan. Aku tertinggal dekat seminit. Aku tegur bos and yang lain2, terus chow ambik makanan. Makan free... Makan sampai kenyang tahap 'buntat' la. Semua sama je aku tengok termasuklah aku nye 'cip'. Bos je yang cover2.

Pastu bila dah 'buntat' semua ilang g isap rokok. Aku yang tak layan benda berasap tu tak tau nak g mana, kena dok dengan 'cip' and bos. Tetiba bos nak kenalan ngan aku plak. Macam2 dia tanya. Last dia tanya aku dah confirm ke belum. Aku cakap baru sebulan lebih. Dalam hati, Bos nak bagi confirm cepat pun ok. Sembang2, gelak2, bangun ambik makanan tiga empat kali dah, ambik air jangan cakap, tak larat dah waiter tu nak angkat pinggan ngan gelas. Meja orang lain tak penuh camtu.

Last2 bos belah. Time tu semua bertukar menjadi bentuk asal. Rasakse, otromen, power rangers, Hang tuah, semua perangai ada. Time tu pulak waiter tu suruh isi borang kepuasan pelanggan. Memang silap beso la. Penuh borang kena complain. Tak rugi aku luangkan masa tuk join. Sekurang2 nya aku bleh kenal bebudak ni lebih dekat and diaorang kenal aku. Pape aku nak mintak tolong sok senang. Al maklumlah aku ni budak baru.

Baru sampai - lapo


Buffet - Ada yang kat dalam, kat tepi kolam pun ada gak



Makan... makan... makan...




Dah kenyang, jom balik


*Masa ambik gambo kat meja, ramai dah balik coz malas nak ambik gambo depan bos.

No comments:

Post a Comment