Wednesday, September 1, 2010

Berbuka Puasa Bersama Persatuan Penyamun



20 Ramadan 1413 Hijrah bersamaan 30 ogos 2010 yang lalu, persatuan penyamun telah membuat majlis berbuka puasa di Menara Tabung Haji, Kuala Lumpur. Semua ahli2 penyamun telah menghadirkan diri termasuk dua tetamu. Kedua2 tetamu tu tak tau la nak join jadi ahli penyamun or dah join. Yang pasti perangai memang dah macam ahli penyamun jugak.



Ni la gambo yang diambik masa sebelum berbuka tu. Satu lagi penyamun gambo dia kat belakang camera. Camera boleh snap depan je, orang belakang camera tak masuk dalam gombo ni. Nak kata meriah sangat tu tak la. Maklumlah, semua orang dah penat puasa.

Tapi kebetulan masa hari kami berbuka ni ada majlis berbuka tuk anak2 yatim dari Rumah Anak Yatim Darul Kifayah, Jalan Ipoh. Semua yang datang tu dikatakan budak tingkatan 3 sahaja. Ramai juga la. Ada dalam 40 orang kut. Aku tak sempat nak kira coz asik terkira yang comel2 je. Bila try kira balik nampak budak yang comel2 tu jugak. Last2 aku malas nak kira dah.

Masa berbuka tu ada sikit ceramah, so rasa terusik jugak la bila ustaz tu cerita pasal anak yatim ni. Kira bertuah sangat aku ni ada lagi mak & ayah. Diaorang tak merasa kasih sayang mak ayah. Ada yang tak sempat lansung nak jumpa mak ayah. Bila ustaz tu cerita plak pasal pagi raya boleh bermaafan dengan mak ayah, aku tengok ada bebudak ni yang nampak dah nak menangis. Memang terusik la jiwa dan perasaan ni.

Tapi penyamun tetap penyamun, semua perasaan tu sekejap je. Bila dah mula berbuka, penyamun start bergurau senda, semua perasaan tu hilang. Tapi bebudak tu pun aku tengok dah start happy. Makanan biasa je. Yang paling diaorang suka kambing bakar. Apa yang best aku pun tak tau. Bila ditanya, bebudak ni kata sebab kambing mahal. Tak sangkut paut langsung harga ngan rasa. Aku yang tak makan kambing ni rasa sepotong and tengok je la bebudak ni melantak.

Yang paling best pada aku, Tabung Haji bagi start berbuka ngan buah kurma dan air zam2. Mana nak cari beb berbuka ngan air zam2. Makanan yang best dia punya ayam, air ngan buah. Bercawan2 dan berpinggan2 sampai balik. Tak renti2 ambik. Tau2 perut dah sendat je. Nak bangun g balik pun rasa dah malas.

Tapi memang pengalaman best la tahun ni, berbuka ngan perasaan anak yatim. Pastu berbuka makan kurma ngan air zam2. Rasa macam kat Mekah plak. Persatuan penyamun bersurai lebih kurang pukul 9.40 malam.

No comments:

Post a Comment